ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota Vios Sports Edition – Apa yang menarik mengenainya

Views

Bersempena dengan Vios Challenge yang telah berakhir semalam di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah memperkenalkan edisi khas Toyota Vios. Model yang dikenali dengan nama Toyota Vios Sports Edition. Ia hanya ditawarkan untuk temph terhad sahaja, sementara stok masih ada dan harga jualannya adalah RM85,300 (tidak termasuk insurans). Tidak seperti kereta lumba yang lain yang tidak boleh didaftarkan untuk kegunaan jalan raya, Vios Sports Edition boleh digunakan sebagai kenderaan harian anda. Jadi anda tidak perlu menjadi selebriti seperti Shukri Yahya atau Janna Nick yang terpaksa turun ke litar lumba untuk merasai pengalaman memandu kereta tersebut di atas jalan raya biasa.

Apa membuatkan edisi khas Toyota Vios Sports Edition begitu istimewa?

  • Ia didatangkan khas dengan suspensi yang dipertingkatkan bagi memberikan pengendalian yang lebih tangkas. Kit Suspensi Sport yang menggantikan penyerap hentak dan gegelung spring standard itu ditala khas bagi memberikan lebih kestabilan semasa mengambil selekoh tanpa menjejaskan keselesaan pemanduan.
  • Suspensi ini dilaras ketinggiannya dan menjadikan kereta ini lebih rendah 27 mm berbanding Vios standard.
  • Vios Spots Edition menerima grafik badan khas yang diinspirasikan dari jentera lumba yang digunakan oleh peserta Vios Challenge. Grafik ini menghiasi hampir 40 peratus badan kereta sekaligus menyerlahkan lagi semangat kesukanannya!
  • Dilengkapi lima-bahagian Aerokit rekaan-kustom yang direka khusus untuk model ini yang merangkumi bampar hadapan, skirt sisi dan spoiler belakang berbentuk sayap di atas but.
  • Aerokit ini turut membantu prestasi aerodinamik kereta dengan mengurangkan seretan (drag) dan meningkatkan kestabilan serta cengkaman kereta pada kelajuan tinggi.
  • Rim aloi ekslusif dengan kemasan hitam.
  • Kemasan fabrik tempat duduk dengan rekaan sport yang ekslusif, alas kaki dengan emblem Sports Edition, tombol gear sport dan plat scuff dengan iluminasi warna amber di bahagian dalaman.

Vios Sports Edition masih mengekalkan penjana kuasa 1.5-liter Dual VVT-i , yang sama dengan model standard Vios lain dan enjin ini digandingkan dengan transmisi CVT. Ia turut dilengkapi pakej keselamatan penuh seperti ABS, Kawalan Cengkaman, Kawalan Kestabilan Kenderaan, Agihan Brek Elektronik dan Bantuan Brek.

Dengan pembelian Vios Sports Edition, pelanggan turut menerima barangan cenderahati Sports Edition secara percuma yang merangkumi t-shirt polo dan topi Toyota Gazoo Racing (TGR) yang disulam dengan nama sendiri dan bekas air Sports Edition. UMWT turut menawarkan aksesori pilihan seperti Monitor Pandangan Panoramik dan Perakam Video Digital untuk pelanggan Vios Sports Edition.

Selain itu, pelanggan juga boleh menaiktaraf unit infotaimen dengan dua sistem pilihan – sistem DVD-AVN dengan pemain DVD serta paparan skrin sentuh bersaiz tujuh inci dengan sambungan telefon pintar, Wi-Fi, internet, pengecaman suara, port HDMI dan USB, Bluetooth, Navigasi dan kamera undur atau sistem DVD-AVN alternatif dengan skrin sentuh tujuh inci atau sistem DVD-AVX dengan skrin sentuh 6.8 inci, radio, pemain MP3, pengecaman suara, AUX dan port USB, Bluetooth dan kamera undur.

Untuk tambahan keselamatan, pelanggan juga boleh memilih filem penapis haba Toyota Premium Security & Solar Film yang bukan sahaja mengurangkan haba panas malah menjadikan cermin kereta lebih kuat. Bagi yang hanya mahukan filem penapis haba, mereka boleh menempah Toyota Essential Solar Film. Kesemua filem penapis haba ini menepati syarat yang ditetapkan oleh JPJ dan sesuai untuk pengguna SmartTag. Vios Sports Edition juga didatangkan dengan lima-tahun waranti tanpa had perbatuan (tertakluk kepada terma dan syarat).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply