ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Ole Christian Veilby ungguli Rali Johor

Views

Pada cubaan pertamanya dan debut pertamanya selepas terlibat dalam kemalangan yang teruk dua minggu lalu, Ole Christian Veilby membuktikan kejaguhannya dengan memenangi Rali Johor dengan catatan masa empat minit di hadapan rakan sepasukannya Gaurav Gill. Dengan kemenangan ini, Ole terus menjarakkan diri di tempat teratas carta kejuaraan dengan penuh bergaya.

Pusingan kedua Rali Johor, merangkumi enam peringkat dengan jarak keseluruhan 77km, terpaksa merentasi laluan yang basah dan sedikit berlumpur akibat hujan yang berlarutan sehingga ke garisan penamat. Selepas bergelut dengan masalah pada hari pertama, Gaurav Gill yang memacu jentera MRF Skoda Fabia R5 bersaing hebat dengan Jari Ketomaa dan berjaya merampas posisi kedua pada peringkat akhir SS14 dengan kelebihan hanya 18 saat.

Walaupun berlumba dengan baik, Jari Ketomaa yang memandu jentera Mitsubishi Mirage terpaksa berpuas hati hati di belakang Gaurav Gill dan diikuti oleh Michael Young yang memandu Subaru Impreza di tempat keempat. Yuya Sumiyama melengkapkan senarai lima pelumba teratas dengan jentera Cusco Fabia R5. Sanjey Takale dan Robert Blomberg pula menamatkan pusingan kedua di tempat ke-6 dan ke-7 keseluruhan.

Abhilash PG pula merupakan satu-satunya pelumbanya yang tidak berjaya menamatkan saingan selepas jenteranya mengalami kerosakan kotak gear di  SS10. Upacara penyampaian hadiah telah diadakan di Litar Johor yang disaksikan oleh lautan peminat sukan permotoran walaupun dalam cuaca hujan. Pusingan seterusnya akan ke negara matahari terbit dengan aksi Rali Hokkaido yang akan berlangsung pada 15 hingga 17 September 2017.

Tahniah kami ucapkan pada para pemenang!

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply