ARKIB

KATEGORI

Buletin

Trak pikap Ford Ranger baharu bakal dilancarkan akhir bulan ini

Views

Trak pikap Ford Ranger dilihat terus popular di Malaysia apabila jualannya melonjak 61 peratus pada suku ketiga tahun ini berbanding tahun lalu dengan 2,245 unit berjaya dijual. Angka jualan yang kukuh itu membantu Ranger meningkatkan perkongsian pasarannya dalam segment trak pikap apabila naik 1.1 peratus mata berbanding tempoh sama tahun lalu kepada 15.3 peratus.

Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik Ford Motor Company, Truong Kim Phong berkata, Ranger membantu memacu mengukuhkan segmen trak pikap secara keseluruhannya. Ini banyak dibantu oleh kepakaran Ford dalam menghasilkan trak dan kekuatan jenama tersebut di peringkat global.

JOM BACA >> Sistem GKUI Proton X70 – Aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta menerusi telefon bimbit

Ranger merupakan antara trak pikap paling laris di pasaran kerana aspek versatiliti yang menjadikannya sesuai untuk apa jua keperluan kerja dan gaya hidup. Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Bin Syed Faiz pula berkata tarikan Ranger di pasaran Malaysia kekal kukuh dan yakin momentumnya akan berterusan di Malaysia dengan pelancaran Ranger baharu pada akhir bulan ini.

Bagi memberi sokongan lebih baik kepada para pelanggan Ranger di seluruh negara, Ford dan Sime Darby Auto Connexion akan meneruskan usaha untuk meningkatkan pengalaman pemilikan. Sejak setahun lalu, Ford dan Sime Darby Auto Connexion telah merasmikan pembukaan empat kemudahan pengedar Ford yang baharu dan telah dinaik taraf. Ini termasuklah Acecourt Auto Sdn Bhd (Acecourt Auto), SNS Kembara Utama Sdn Bhd (SNS Kembara), Sime Darby Auto Connexion (Kuching) dan Sime Darby Auto Connexion (Kota Kinabalu).

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply