ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mana mungkin lebuh raya tanpa tol – Perdana Menteri

Views

Kami harap anda yang baru pulang dari masjid untuk bersolat Jumaat bertenang terlebih dahulu sebelum baca artikel ini. Jika dua hari lepas Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata kutipan tol tidak dapat dihapuskan akibat masalah kewangan negara, hari ini Harian Metro pula melaporkan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan pada PRU yang lepas untuk mewujudkan lebuh raya bebas tol. Katanya, Pakatan Harapan mewujudkan manifesto itu kerana memikirkan bahawa mereka tidak akan menjadi kerajaan. Namun setelah dipilih untuk menjadi kerajaan, manifesto ini merupakan satu beban yang besar.

Beliau yang berkata demikian kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN di Bali, semalam turut menentang cadangan tersebut kerana tahu untuk mengadakan laluan percuma ia tidak boleh dilakukan. Satu-satunya cara untuk mengadakan laluan percuma dan tanpa tol adalah dengan menaikkan harga petrol.

JOM BACA >> Sistem GKUI Proton X70 – Aplikasi yang membolehkan pengguna berhubung dengan kereta menerusi telefon bimbit

Menjelaskan selanjutnya mengenai tol, beliau bertanya siapakah yang akan menyelenggara atau membina jalan baharu sekiranya kerajaan memansuhkan kutipan tol. Tambah beliau lagi, bagaimana sektor swasta yang diminta untuk membina jalan raya mahu meraih keuntungan sekiranya tidak mengutip tol.

Di England tidak ada jalan bertol tetapi kerajaan negara itu mengenakan cukai yang sangat tinggi ke atas petroleum. Apabila harga petroleum naik, kenaikan cukai malah lebih tinggi dan mereka menggunakan wang tersebut. Bagaimanapun jika kita memperoleh wang daripada hasil jualan petroleum, rakyat yang tidak menggunakan lebuh raya juga perlu membayarnya.

Tetapi di sini, pengguna lebuh raya sahaja yang hanya perlu membayar dan mereka yang tidak menggunakannya tidak perlu berbuat demikian. Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan PH perlu menyemak semula beberapa perkara yang diikrarkan oleh sebab sebahagiannya akan mengakibatkan kerugian yang sangat besar jika ia dilaksanakan.

JOM BACA >> INFO: Betul ke tidur dalam kereta boleh membawa maut?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply