ARKIB

KATEGORI

Buletin

TUDM adakan kawad konvoi sempena penghantaran komponen pesawat Nuri ke Pangkalan Udara Subang

Berita Tempatan

Views

Hari ini Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencipta sejarah kerana buat julung kalinya Pangkalan Udara Butterworth (PU Butterworth) telah melaksanakan upacara kawad konvoi bagi penghantaran komponen pesawat helikopter Sikorsky S61A-4 Nuri dari No. 3 Skuadron, PU Butterworth ke Depoh Materiel Utama (DMU), Pangkalan Udara Subang secara besar-besaran.

Kos Servis Toyota Yaris VS Honda Jazz di Malaysia 2021

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kawad konvoi proses penghantaran komponen tersebut melibatkan pergerakan 20 buah kenderaan TUDM iaitu lapan buah treler Prime Mover, tiga buah Frontier, tiga buah kenderaan utiliti, dua buah kenderaan 3 Tan, dua buah kenderaan jenis Hilux, sebuah bas TUDM dan sebuah kenderaan SUV Fortuner.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Konvoi ini mendapat bantuan penuh dengan tiga buah motosikal pengiring dari Cawangan Trafik, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pemindahan komponen helikopter ini adalah untuk pelaksanaan proses Pemeliharaan dan Penyimpanan Jangka Panjang pesawat Nuri sementara menunggu proses pelupusan secara rasminya.

Pelaksanaan pemindahan komponen pesawat melibatkan enam pegawai dan 88 anggota Lain-lain Pangkat (LLP). Pergerakan ini turut diiringi anggota bersenjata daripada Skuadron 214 HANDAU, PU Butterworth bagi memastikan keselamatan di sepanjang perjalanan. Konvoi berlepas pada jam 8.30 pagi dan selamat tiba di DMU, PU Subang pada jam 2.30 petang.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tentera Udara Diraja Malaysia

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply