ARKIB

KATEGORI

Info

TULAR: Kereta Toyota Vios terpakai yang diiklankan di Mudah.my ini nampak cantik tapi…

Views

Hari ini tular di laman Facebook We Love Bandar Baharu mengenai kisah seorang individu yang dirahsiakan identitinya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila ingin membeli kereta terpakai. Beliau juga telah memuat naik empat keping gambar, dua daripadanya menunjukkan kereta Toyota Vios milik isterinya yang rosak teruk setelah terlibat dalam kemalangan pada 27 Januari 2016 di tol Jelapang, Ipoh.

Pihak Toyota telah mengisytiharkan kereta tersebut ‘total lost’ dan mereka mendapat pampasan pembayaran penuh (full settlement) untuk pinjaman dan sedikit lebihan wang. Dua keping gambar lagi menunjukkan kereta yang rosak tersebut dalam kondisi yang amat baik dan telah dimuat naik ke portal jualan atas talian Mudah.my.

Iklan tersebut menyatakan kereta tersebut ‘bebas kemalangan’ dengan perbatuan yang rendah seolah-olah ia jarang dipakai oleh pemilik sebelumnya. Kemudian isterinya telah dihubungi oleh seorang anggota polis yang berminat dengan iklan kereta tersebut. Memang benar kereta tersebut dengan perbatuan yang rendah, lebih kurang 40,000km dan hanya berusia setahun lebih.

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

Namun isterinya telah menceritakan kisah yang sebenar mengenai kemalangan tersebut dan anggota polis tersebut terus membatalkan hasrat untuk membelinya. Mujurlah anggota polis tersebut menghubungi isterinya terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian kerana dalam iklan tersebut tertera dua nama pemilik dan isterinya merupakan pemilik yang pertama.

Agak menghairankan nama individu kedua langsung tidak dikenali dan bukan nama isterinya. Katanya lagi, struktur casis kereta tersebut telah mengalami kerosakan teruk dan ia sememangnya tidak lagi selamat untuk dipandu. Cuba bayangkan yang berminat untuk membeli kereta tersebut orang biasa yang tidak tahu apa-apa mengenai perkara sebegini.

Jadi kisah ini perlu dijadikan iktibar kepada kita semua supaya memeriksa dengan teliti terlebih dahulu sebelum membuat pembelian kereta terpakai. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang agak ‘luar biasa’ dan keadaan kereta yang nampak cantik di luar. Boleh jadi kereta tersebut telah dibaik pulih setelah mengalami kemalangan teruk (seperti kes ini) atau terkena dengan ‘kereta potong’.

Bukan semua kereta terpakai dalam keadaan yang tidak elok dan tidak bagus, cuma anda kena bijak memilih dan memeriksanya terlebih dahulu. Sebaiknya anda contohi tindakan anggota polis dalam kisah ini yang membuat tindakan awal yang bijak dan tepat sebelum anda menyesal di kemudian hari.

Kami sarankan anda tonton video Sembang ENGEAR ini sebagai panduan.

Apa Kita Tahu Pasal Kereta Terpakai? - Sembang Engear #12

JOM BACA >> SUV tujuh-tempat duduk Perodua Aruz dilancarkan – Harga bermula dari RM72,900

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply