ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tun Mahathir harap perlumbaan F1 akan kembali ke Malaysia

Berita Tempatan

Views

Astro Awani melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap perlumbaan F1 akan kembali ke Malaysia suatu hari nanti. Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas menjadi penerima pertama Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Sukan Permotoran Petronas SIC – Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) 2018 malam semalam.

Beliau mengakui bahawa idea membina Litar Antarabangsa Sepang telah membuka jalan bagi pembangunan bakat tempatan dan pemindahan teknologi dalam sukan permotoran. Wang yang dibelanjakan untuk membina litar tersebut juga telah digunakan dengan sebaiknya. Malaysia kini bukan hanya melihat kepada perlumbaan sahaja, tetapi juga bidang kejuruteraan.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji X70 enjin 1.5 TGDI dengan transmisi 7-kelajuan DCT naik Genting Highlands?

Beliau turut berharap Malaysia akan terus menghasilkan lebih ramai bintang dalam sukan permotoran, bukan sahaja sebagai pelumba atau pemandu, tetapi juga sebagai jurutera pada masa akan datang. Dr Mahathir mendapat cetusan idea untuk membina sebuah litar perlumbaan antarabangsa ketika melawat Litar Autodromo di Portugal.

Beliau sebenarnya tidak pernah terfikir yang Malaysia akan mempunyai sebuah litar perlumbaannya sendiri. Tambah beliau lagi, penerimaan terhadap litar ini amat baik, bukan sahaja untuk menonton perlumbaan F1, tetapi juga untuk menyertai perlumbaan itu sendiri.

JOM BACA >> Proton tayang foto rasmi pertama Iriz berwajah baharu – Kini dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply