ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tunjuk tangkap layar sijil digital Mysejahtera di SJR – Polis Pulau Pinang

Berita Tempatan

Views

Polis Pulau Pinang menasihatkan orang ramai yang telah lengkap dos vaksin COVID-19 agar menyediakan tangkap layar (screen shot) sijil digital Mysejahtera kepada anggota polis bagi melancarkan perjalanan serta pemeriksaan di sekatan jalan raya (SJR), di negeri itu.

Menurut Astro Awani, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh berkata tangkap layar dalam telefon bimbit masing-masing itu hendaklah ditunjukkan kepada pegawai atau anggota polis di SJR ketika mereka mahu merentas daerah seperti dibenarkan bermula hari ini.

Kata beliau, mereka yang berjaya melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan selepas tempoh dua minggu, telah layak untuk mendapatkan kemudahan yang telah diberikan seperti merentas daerah, namun rentas negeri masih belum dibenarkan kecuali bagi beberapa syarat tertentu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Tambahnya, sumber Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan kira-kira 61.7 peratus penduduk di Pulau Pinang telah menerima dos pertama vaksin, manakala lebih kurang 27 peratus telah melengkapi dua dos vaksin.

Fisol berkata peraturan dan garis panduan yang telah dikeluarkan semalam adalah jelas memaklumkan syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengadakan aktiviti yang dibenarkan seperti sukan, riadah, rekreasi dan sektor sosial.

Katanya, peraturan dan garis panduan itu juga menyasarkan pelanggan yang memiliki vaksin lengkap bagi menikmati kemudahan seperti dine-in dan pemilik atau pengusaha premis makanan hendaklah memastikan bahawa pekerja telah divaksin dengan mempamerkan deklarasi penerima vaksin lengkap.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Pemilik premis juga perlu memastikan bilangan pelanggan di satu meja hanyalah 50 peratus daripada keluasan dan memastikan susun atur meja mengikut penjarakan, sistem pengudaraan di dalam kedai adalah baik serta memastikan hanya pelanggan yang telah menerima vaksin lengkap berada di dalam kedai.

Katanya orang ramai dinasihatkan agar mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan semua objektif pelan pemulihan negara berjaya dicapai.

Tambahnya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang melalui ketua-ketua polis daerah telah diarahkan untuk melaksanakan pemantauan ke atas semua premis bagi memastikan semua SOP ketat yang ditetapkan dipatuhi semua orang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply