ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori kontena rempuh belakang jentera bomba, pemandu cedera

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori kontena cedera selepas melanggar belakang sebuah jentera bomba di Jambatan Pelabuhan Klang di Klang, petang semalam.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurut K! ONLINE, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.40 petang ketika sepasukan enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja dalam perjalanan pulang setelah selesai memadamkan kebakaran sebuah lori di lokasi berasingan di sekitar jalan tersebut.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kemalangan itu menyebabkan pemandu berkenaan cedera dan terperangkap dalam lori tersebut. Katanya, lelaki berusia 31 tahun itu bagaimanapun berjaya dikeluarkan dan cedera pada peha kanan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Semua anggota bomba turut terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Tambah Norazam, operasi menyelamat mangsa turut dibantu Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang serta Pelabuhan Klang.

Kebakaran sebuah lori sebelum itu dipercayai melibatkan seorang pemandu wanita di laluan bertentangan, kira-kira pukul 4.30 petang. Bagaimanapun, mangsa terselamat dan kebakaran berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply