UMW Toyota Motor (UMWT) telah berjaya mencatat jualan keseluruhan 8,486 unit kenderaan Toyota dan Lexus bagi bulan November 2021. Ia kurang hanya 14 unit jika dibandingkan dengan jualan pada Oktober.
Jumlah jualan keseluruhan itu terdiri daripada 6,620 kereta penumpang dan 1,866 kenderaan komersial (termasuk trak pikap).
Bagi tempoh Januari hingga November, jualan keseluruhan bagi jenama Toyota dan Lexus mencapai angka 63,105 unit, iaitu 26 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama bagi tahun lalu sebanyak 50,074 unit.
Untuk model kereta penumpang, Vios kekal menjadi model Toyota paling laris dengan menyumbang kepada 33 peratus daripada jumlah jualan, sementara Hilux kekal sebagai trak pikap paling laris di Malaysia sejak 2005.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, untuk bulan terakhir tahun ini, pihaknya memberikan tawaran hebat dan menerusi promosi “Now Is The Time”, penjimatan diberi sehingga RM5,500 untuk model terpilih.
Selain itu, dasar pengecualian cukai jualan yang diteruskan kerajaan akan menambah lagi penjimatan kepada pelanggan.
Menjelang pelancaran kereta hibrid elektrik pertama yang dipasang dalam negara Corolla Cross Hibrid, model tersebut kini dalam peringkat pra-produksi di ASSB, Bukit Raja, Selangor. Sejak dibuka untuk tempahan, ia menerima maklum balas yang cukup menggalakkan.
Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama pula berkata, pihaknya meminta para pelanggan yang teruja supaya bersabar kerana ada banyak proses kualiti yang perlu dilaksanakan bagi menjamin piawaian tertinggi dalam semua aspek.
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
Harga Corolla Cross Hybrid baru dijangka bermula dari RM137,000 (tidak termasuk insurans) dan dengan waranti pengeluar selama 5-tahun/tanpa had perjalanan.
Selain itu, tambahan jaminan 8 tahun/tanpa had perjalanan untuk bateri, pembalik (converter) dan Unit Kawalan Pengurusan Kuasa juga ditawarkan.
Pelanggan juga boleh melanjutkan waranti selama dua tahun lagi, seterusnya menjadikan tempoh waranti selama 10 tahun. Ini merupakan julung kalinya waranti sebegini ditawarkan dalam industri tempatan.
Tempahan kini boleh dibuat melalui mana-mana pengedar sah Toyota atau pusat pameran UMW Toyota Motor di seluruh negara.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
KOMEN TERKINI