ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pemandu Honda Civic rempuh remaja hingga melambung atas bumbung direman 4 hari

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes kemalangan melibatkan pembantu kedai yang melambung sehingga ke atas bumbung sebuah bengkel di Jalan Permatang Piah-Kampung Kolam, Pak Badol, di Bachok semalam.

Menurut K! ONLINE, perintah reman terhadap suspek yang berusia 36 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Fauzan Mohd. Suhairi di Mahkamah Majistret Bachok, hari ini.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Tahanan reman sehingga Sabtu ini ditetapkan terhadap suspek bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Kosmo! Online semalam melaporkan, kejadian pada pukul 11.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, patah paha dan tangan kiri selepas motosikal jenis Yamaha 135LC yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, kereta jenis Honda Civic yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil sebelum merempuh motosikal mangsa yang berada di laluan bertentangan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Menurutnya, insiden itu menyebabkan mangsa melambung ke atas bumbung sebuah bengkel di sebelah kiri jalan sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian bagi menerima rawatan.

Tambah beliau, pemeriksaan pada tubuh badan lelaki itu turut menemui dadah dipercayai heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda bernilai RM3,020.

Uar beliau lagi, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod kes dadah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply