ARKIB

KATEGORI

Buletin

Usah terpedaya dengan penipuan! Perodua gesa pelanggan hanya berurusan dengan penasihat jualan yang sah sahaja

Berita Tempatan

Views

Perodua menerusi satu kenyataan media sebentar tadi menggesa para pelanggannya yang sedia ada dan pelanggan baharu untuk hanya berurusan dengan penasihat jualannya yang sah agar tidak terpedaya dengan penipuan yang muncul terutama sekali selepas pelancaran Ativa pada 3hb Mac lalu.

JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!

MenurutPresiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad, pihaknya telah menemui sekurang-kurangnya dua tawaran rebat palsu dalam talian bagi Perodua Ativa yang baharu dilancarkan. Perodua dan cawangan-cawangannya di seluruh negara tidak pernah dan tidak akan mengadakan sebarang promosi rebat tunai selepas memperkenalkan model baharu.

Tambah beliau, ada beberapa individu yang tidak bertanggungjawab telah mendakwa diri mereka sebagai penasihat jualan Perodua dan memperdaya mangsa untuk memasukkan wang pendahuluan pembelian kereta baharu mereka ke dalam akaun bank peribadi.

JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat

Bagi melindungi para pelanggan yang sedia ada dan pelanggan baharu, Perodua telah memberikan panduan dalam membuat pembelian kenderaan Perodua baharu seperti di bawah:

SilaHindari
Sila hubungi atau kunjungi Pusat Jualan Perodua yang sah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami, atau layari www.perodua.com.my atau mana-mana halaman media sosial rasmi kami di Facebook dan Instagram.Jangan segera menerima tawaran, samada dalam talian atau cetak, tanpa mendapatkan pengesahan maklumat terperinci daripada penasihat jualan dan servis Perodua yang sah, atau platform dalam talian rasmi kami di www.perodua.com.my, Facebook dan Instagram. 
Sila layari laman web rasmi kami di www.perodua.com.my untuk mendapatkan senarai terkini dan tepat cawangan-cawangan jualan dan servis kami di seluruh negara beserta maklumat untuk dihubungi.Jangan berikan maklumat peribadi anda seperti nombor akaun bank, alamat rumah dan nombor kad pengenalan tanpa memastikan  individu yang berurusan dengan anda adalah kakitangan Perodua yang sah.
Sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 1-800-88-6600 pada waktu pejabat, atau kemukakan pertanyaan anda di https://www.perodua.com.my/contact-us.html , sekiranya ada individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil jualan atau servis Perodua dan meminta anda membuat bayaran ke akaun peribadi mereka.Jangan membuat sebarang pembayaran, termasuk wang pendahuluan atau wang tempahan ke dalam akaun bank peribadi. Semua pembayaran mesti dibuat ke akaun syarikat sahaja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung
JOM BACA >> Perodua mula siar foto acah Ativa (D55L) di laman sesawang
JOM BACA >> INFO : Proton X70 MC1 bakal diperkenalkan tahun ini? Iriz dan Persona MC2 kekal dengan transmisi CVT
JOM BACA >> Optimus PrimeINTIP : Iriz crossover dan Persona MC2 dikesan di Kuantan waktu malam, guna lampu depan jenis LED?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply