ARKIB

KATEGORI

Buletin

Varian baharu Perodua Myvi XT bakal dilancar

Views

eyeblaster_myvi_xt_teaser

Laman web www.perodua.com.my telah memuat naik teaser varian baharu Perodua Myvi XT yang mungkin diperkenalkan tidak lama lagi. Setakat ini tiada sebarang info rasmi diberikan, namun menurut laman blog keretamoto.com, model ini merupakan model yang dinaik taraf dengan penambahan beberapa ciri dan warna baharu yang dinamakan Candy Apple Green.

GMB ADVANCED-3_4 front

Selain itu, Myvi Extreme 1.5 baharu akan turut diperkenalkan dan dikatakan mempunyai penampilan yang lebih segar dan sporty. Mungkin rekaan Myvi Extreme 1.5 baharu tersebut mempunyai elemen rekaan seperti model konsep Perodua GMB Advanced yang sebelum ini diperkenalkan semasa KLIMS13.

Kilang baharu Perodua yang bernilai RM1.3 bilion yang dilengkapi kemudahan litar ujian terbaru dan dikatakan yang tercanggih dirantau ini bakal beroperasi tidak lama lagi dan model kompak segmen A baharu (model gantian Viva) bakal menjadi model yang pertama dikeluarkan di sana. Menjelang 2015, Perodua akan mempunyai model baharu rekaan sendiri yang menggunakan platform Daihatsu/Toyota.

* kita tunggu apa yang menarik mengenai model Perodua Myvi XT tu ye 🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • mode toyota/daihatsu. haha ok nih aku nak gelak.. keluarkan model sendiri mode masih toyota/daihatsu.. hurm rebadge la senang oit…

Leave a Reply