ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Golf R telah tiba!

Views

Golf R_Exterior, front

Volkswagen Golf terpantas kini telah tiba! Baru-baru ini Volkswagen Group Malaysia telah memperkenalkan Golf R serba baru, yang juga merupakan generasi ke empat Golf R. Dikuasakan oleh enjin 2.0 liter petrol (TSI) serba baru dengan pengecas turbo yang sangat berkuasa, ia mampu menjana 380Nm daya kilasan dan hampir 290 kuasa kuda selain mampu memecut dari 0 – 100 hanya dalam masa 5 saat. Golf R turut dilengkapi dengan kotak gear DSG enam kelajuan, pacuan semua roda 4Motion.

Kombinasi TSI dan DSG bukan sekadar memberikan Golf R kuasa menakjubkan malah ia juga mampu memberi penjimatan minyak, 6.9 liter/100km yang mana lebih cekap berbanding model sebelumnya. Golf R generasi baharu menggunakan platform Modular Transverse Matrix (MQB) yang telah mengurangkan berat kereta sehingga 46 kg.

Golf R kini dilengkapi sistem Stop-Start dan penjanaan semula bateri yang menukar tenaga kinetik untuk mengecas bateri. Selain itu sistem infohiburan ‘Discover Pro’ baharu yang menampilkan skrin sentuh 8 inci TFT dengan fungsi sistem navigasi kawalan suara.

Sistem infohiburan ini turut menawarkan pelbagai sambungan seperti USB, AUX IN dan Bluetooth, selain boleh memainkan pelbagai format muzik seperti MP3, WMA dan AAC menerusi slot SDnya. Aspek keselamatan turut dititikberatkan dengan sistem brek Multi-collision, 7 beg udara, airbags, steering progresif, ABS dengan ESC , sistem anti kecurian, dan sistem pemantauan tekanan tayar.

Golf R_Interior (4)

Ruang dalaman Golf R dibina dengan bahan terbaik. Ia dilengkapi roda steering “R” pelbagai fungsi, tempat duduk dengan kemasan Alcantara berlogo “R”, kemasan “R” “Carbon Touch” untuk papan pemuka dan kemasan pintu, konsol tengah warna hitam piano, paparan pelbagai fungsi “Premium” dengan Lap Timer dan panel pintu dan pemijak sisi beriluminasi menjadikan ruang dalaman Golf R seolah-olah sebuah kereta lumba dengan gaya premium.

Bahagian luaran Golf R boleh diklasifikasikan sebagai salah satu daripada kereta kompak yang paling sporty di dunia. Dengan rekaan “R” di bumper hadapan, jeriji hadapan, bumper belakang dengan diffuser, lampu hadapan Bi-xenon dengan lampu LED nyalaan siang pastinya ia menepati gelaran tersebut. Tambah mengujakan, Golf R dihiasi rim aloi 18 inci “Cadiz” rekaan terbaru, paip ekzos berkembar dan lampu LED belakang berwarna merah gelap. Untuk versi  Tech Pack pula ia lebih istimewa dengan rim aloi 19 inci “Cadiz” , bumbung panoramik dan kamera undur.

Golf R ditawarkan dengan empat pilihan warna yang menarik, Lapiz Blue Metallic, Tornado Red, Pure White dan Deep Black Pearl. Kini Golf R boleh ditempah di semua pengedar Volkswagen Semenanjung Malaysia mulai 6 Jun. Harga bagi Golf R ialah RM245,888, dengan pakej tambahan Tech Pack harganya pula mencecah RM285,888 seunit. Golf R juga didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan lima tahun jaminan mobiliti.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply