ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen lancar Polo GTI 2021

Berita Global

Views

Hanya dua bulan selepas versi Polo facelift dilancarkan, Volkswagen memperkenalkan pula versi hot-hatchnya, GTI. Dari segi luaran, Polo GTI 2021 hampir sama dengan model standard. Ia menampilkan lampu depan baharu IQ.Light LED matrix dan jeriji depan yang bercahaya.

Pencahayaan lampu belakangnya pula seakan model Audi, yang terdiri daripada lampu signal dinamik dan lampu brek ‘animasi’.  Selain itu, antara perbezaan visual yang boleh dilihat adalah bampar GTI dan lencana Polo di belakang digantikan dengan lencana GTI.

Roadtax di Malaysia Mahal dan Ini Puncanya! - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Paling menonjol adalah jejalur merah pada jeriji depan yang masuk terus ke dalam lampu depan. Polo GTI 2021 dijana oleh enjin 2.0-liter turbocas yang menghasilkan kusas sebanyak 207 PS dan 320 Nm daya kilas. Unit enjin ini adalah sama seperti yang digunakan pada versi sebelumnya dan dipacu oleh roda hadapan.

Ia membolehkan jentera cilik ini memecut dari 0-100 km/j dalam masa 6.5 saat dan mampu mencapai kelajuan puncak pada 240 km/j. Seperti yang dijangka, model ini didatangkan dengan suspensi yang lebih rendah dan pembezaan elektronik.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Suspensi “Sport Select” pula ditawarkan sebagai pilihan, manakala unit transmisinya masih kekal menggunakan 7-kelajuan dwi-cekam (DSG). Di bahagian dalam, ia masih mengekalkan tema GTI dan turut menawarkan tempat duduk sport sebagai pilihan. Papan pemukanya kini menerima kemasan merah berkilat yang diselitkan dengan kemasan krom.

Perubahan paling ketara adalah pada bahagian sistem infohiburannya, dengan paparan sesentuh standard bersaiz 8-inci. Pelanggan juga ditawarkan pilihan untuk menaiktarafnya kepada sistem “Discover Pro” dengan paparan bersaiz 9.2-inci.

Buat julung kalinya, Polo GTI 2021 dilengkapi denga ciri pemanduan kendiri (autonomi) di bawah jenama IQ.Drive. Antara ciri yang ditawarkan termasuklah kawalan jelajah adaptif ramalan, bantuan kekal lorong, rada dan banyak lagi. Harganya untuk pasaran Eropah masih belum diumumkan dan model ini dijangka tiba di bilik pameran dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply