ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Malaysia raikan Merdeka dengan promosi dan rumah terbuka

Views

Sempena bulan kemerdekaan ini Volkswagen Malaysia menyambut kedatang Ogos dengan promosi khas Merdeka. Mulai sekarang sehingga 31 Ogos, pelanggan layak mendapatkan rebat tunai untuk model terpilih Volkswagen – RM10,000 untuk model Vento, RM4,000 untuk model Polo hatchback, dan RM2,000 untuk model Golf.

Sebagai tambahan, Volkswagen Malaysia turut menawarkan pelbagai tawaran hebat lain semasa Rumah Terbuka Merdeka seluruh negara, yang akan berlangsung pada 13 hingga 14 Ogos dan 27 hingga 28 Ogos 2016. Pada hari tersebut pelanggan dijemput untuk memandu uji model Volkswagen dan menikmati pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga.

Untuk menambahkan lagi kehangatan, pelanggan yang membuat tempahan kereta Volkswagen semasa Rumah Terbuka Merdeka layak untuk menyertai cabutan bertuah untuk memenangi peranti elektrikal premium seperti tablet dan pemain muzik. Untuk maklumat lanjut kunjungi bilik pameran Volkswagen yang terdekat atau layari laman sesawang www.volkswagen.com.my.

August tactical ads_R4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply