ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volkswagen Tiguan kini dipertingkatkan

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VCPM) bakal menambah baik model Tiguan bermula Mac 2019 dengan menampilkan dua ciri baharu, Paparan Info Aktif (AID) 2019 dan lampu belakang LED. Paparan Info Aktif baharu itu terdiri daripada paparan warna transistor filem nipis (TFT) beresolusi tinggi yang sama seperti telefon pintar. Ia menawarkan fungsi dan ciri dalam bentuk paparan grafik 2D dan 3D bagi tujuan nagivasi serta media.

Kini terdapat tiga skrin pandangan yang boleh diubah suai menerusi sistem infohibur bersama lebih 30 kombinasi pilihan. Dial juga boleh ditetapkan terlebih dahulu untuk menunjukkan pelbagai maklumat, selain pandangan peta 3D bagi tujuan navigasi yang lebih baik.

Di bahagian luar, lampu belakang LED telah dinaik taraf dengan unit baharu bersama grafik lampu yang tersendiri. Lampu belakang LED sepenuhnya itu juga mempunyai animasi brek yang meningkatkan lagi tahap pandangan dan keselamatan.

Apa yang menarik harga model tersebut masih kekal. Tiguan dijual pada harga RM165,990 untuk varian Highline dan RM175,990 bagi model JOIN. Semua kenderaan Volkswagen hadir bersama penyelenggaraan percuma tiga tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Tiguan menggabungkan penggunaan enjin turbo 1.4 TSI pancitan terus bersama kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan dengan mod sport untuk memberikan kuasa 150PS dan tork 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Ia menawarkan pecutan mengagumkan dari 0-100km/j dalam masa 8.9 saat sahaja.

Tiguan didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan seperti enam beg udara, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), brek Multi-pelanggaran, Sistem Tindak Balas Kemalangan Pintar (ICRS), Brek Pakir Elektronik (EPB) dan Kawalan Mendaki.

Untuk memberi lebih keselesaan, Tiguan turut dilengkapi dengan ciri Bantuan Pakir, Brek Manoeuvre dan Climatronic 3-Zon. Bagi menyediakan ketersambungan yang lengkap, Tiguan hadir bersama App-Connect untuk memudahkan akses kepada aplikasi menerusi skrin sentuh infohibur seperti MirrorLink, Android Auto dan Apple Carplay.

Produksi generasi pertama Tiguan bermula pada tahun 2007 di Wolfsburg dan telah menjadi SUV Volkswagen yang paling berjaya dengan lima juta unit dihasilkan di kilang sehingga Januari 2019. Selain mencatat kejayaan di seluruh dunia, Volkswagen Tiguan juga diterima baik di Malaysia dan dipasang secara tempatan di kilang Volkswagen di Pekan, Pahang.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply