ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger bantu SDAC catat prestasi jualan yang cemerlang pada bulan Januari

Berita Tempatan

Views

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia telah mencatatkan prestasi jualan yang cemerlang bagi bulan Januari hasil dari permintaan kukuh untuk trak pikap Ranger. Sebanyak 590 unit untuk trak pikap Ranger telah berjaya dijual pada bulan tersebut sekaligus membolehkan pegangan segmen pikap untuk Ford melonjak naik 20.5 peratus.

Pengarah Urusan SDAC Syed Ahmad Muzri bin Syed Faiz berkata, permulaan yang cemerlang untuk tahun ini mengesahkan lagi daya tarikan pasaran yang semakin meningkat untuk trak pikap Ford Ranger. Lonjakan dalam penjualan trak Ranger juga dibantu dengan pelancaran model Ranger Baharu yang lengkap dengan sembilan varian baharu, lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang pertama dan juga satu-satunya di dalam kelas tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Proton Persona facelift varian Standard?

Barisan varian Ranger baharu yang terdiri dari XL, XLT, XLT Plus, Wildtrak dan Ranger Raptor nyata direka untuk memenuhi kesemua segmen pasaran. Ranger Raptor pula membuka lembaran baharu di dalam pasaran trak pikap Malaysia apabila ia menjadi trak pikap pertama dan satu-satunya di dalam segmen pikap premium berprestasi tinggi.

Sejak tahun 2012, Ranger sentiasa mengungguli carta anugerah automotif Malaysia. Antara yang terkini termasuklah anugerah Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 oleh Malaysia Car Of The Year (COTY) dan DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award, Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 untuk People’s Choice Awards and Editor’s Choice Award daripada Carlist.my serta Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada Top Gear Chinese.

Tambah Muzri lagi, kemenangan pelbagai anugerah daripada industri untuk trak Ranger telah mengukuhkan lagi popularitinya di kalangan pengguna Malaysia dan ia terus menjadi produk terlaris Ford di negara ini. Dah tonton video pandu uji Ranger XLT+ ke belum? Kalau belum jemputlah tonton video di bawah ni ye!

Ford Ranger XLT Plus, kompromi terbaik antara harga dan gaya?

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton Exora RC (Running Change) tertiris – Bakal ada ciri “Hai Proton!”?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply