ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo Batik Reusable Facemasks – Kolaborasi tiga jenama bantu martabatkan komuniti setempat

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia, Three Little Ahmads dan Nano Textile telah berganding bahu melancarkan koleksi pelitup muka anti-mikrob, yang dinamakan ‘Volvo Batik Reusable Facemasks’. Projek ini banyak memberi manfaat kepada kemahiran komuniti setempat dalam membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan mengharungi pelbagai kesulitan hidup berikutan pandemik ini.

Pelitup muka ini dihasilkan secara dibuat, dijahit dan disumberkan oleh ibu-ibu tunggal, wanita di kawasan luar bandar dan alumni vokasional GIATMara, yang kehilangan pekerjaan disebabkan penutupan kilang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020.

Bagi setiap pelitup muka yang dihasilkan, individu daripada kumpulan komuniti yang disasarkan ini akan diberi imbuhan yang sewajarnya. Sehingga hari ini, hasil daripada pembuatan pelitup muka ini, dapat memberikan kumpulan wanita ini sumber pendapatan yang stabil.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Pengarah Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia, Akhtar Sulaiman, kolaborasi ini  selari dengan teras falsafah ‘Omtanke’ Volvo, iaitu istilah dalam bahasa Sweden dan ethos jenama Volvo yang membawa maksud ‘untuk menjaga’ dan ‘bertimbang rasa’.

Pelitup muka fabrik ini menampilkan rekaan corak Batik Tekap yang tiga jenis bunga, iaitu bunga matahari, bunga lili dan melati. Dengan bantuan inovasi dan teknologi nano, pelitup muka ini adalah selamat dan sangat bergaya untuk kegunaan umum.

Ia direka dengan teliti dan dicantumkan secara manual menggunakan tangan. Setiap pelitup muka dibuat daripada 100 peratus kain kapas, anti bakteria, kalis air dan memberi perlindungan terhadap bakteria serta virus dan ia boleh bertahan sehingga 100 kali cucian lembut.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Teknologi nano yang digunakan pada pelitup muka fabrik ini mampu untuk mengurangkan penembusan titisan tercemar dan mencegah kemungkinan berlakunya jangkitan virus atau bakteria pada fabrik. Penambahan penuras PM 2.5 menjadi lapisan perlindungan kelima pada pelitup muka ini dan ujian menunjukkan ia mampu menyaring 90 peratus partikel virus dengan berkesan.

‘Volvo Batik Reusable Facemasks’ ini didatangkan dalam set tiga helai, dengan dua pilihan saiz – sederhana dan besar. Setiap set hadir dalam tiga variasi warna, iaitu Biru Tua (bunga matahari), Biru Kelasi (bunga lili), dan Biru Langit (bunga melati). Dijual pada harga RM99 setiap set, pelitup muka ini boleh dibeli di pengedar Volvo di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelitup muka unik ini, layari https://www.volvocars.com/my/volvo-branded-face-mask atau ikuti Facebook Volvo Car Malaysia di http://bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram http://bit.ly/VolvoMY-FB.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply