ARKIB

KATEGORI

Berita Automotif

Honda tayang foto acah Civic Hatchback

Berita Global

Views

Menjelang pelancaran rasmi Civic Hatchback yang dijadualkan pada 23 Jun ini semasa konsert maya Civic Tour ‘Remix’ di YouTube, Honda mula mengusik warganet dengan tiga foto acah model tersebut. Sama seperti versi sedan, versi hatchback juga tampil dengan reka bentuk yang lebih matang berbanding versi ‘ketam’ sebelumnya.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dari depan, versi hatchback ini tidak banyak beza dengan sedan, namun perbezaan ketara adalah di bahagian belakang dengan garis bumbung yang diolah semula dengan rekaan ‘punggung’ yang berbeza. Meskipun, foto yang ada ini masih lagi kabur, namun kita sudah boleh melihat imbasan lampu belakang yang sama sekali berbeza dengan versi sedan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Honda mengesahkan yang model ini bakal dihasilkan di kilang pengeluaran di Greensburg, Indiana. Sementara itu, versi sedan kini sedang dihasilkan di kilang Honda yang terletak di Alliston, Ontario, Kanada. Civic Hatchback dijangka berkongsi enjin yang sama dengan model sedan, salah satunya adalah enjin aspirasi normal empat silinder 2.0-liter yang mampu menjana 158 kuasa kuda.

Satu lagi pilihan enjin adalah versi turbo 1.5-liter empat silinder yang menghasilkan 180 kuasa kuda. Kedua-dua pilihan enjin ini digandingkan dengan transmisi standard CVT, namun pengeluar dari Jepun itu turut mengesahkan Civic Hatchback bakal ditawarkan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual, yang berkemungkinan besar disimpan untuk versi Civic Type R.

KLIK UNTUK BESARKAN

Imej paten Honda Civic Hatchback

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply