ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo perkenal Recharge Concept – Bayangan awal XC90 versi elektrik

Berita Global

Views

Volvo kini sedang bergerak ke arah elektrifikasi sepenuhnya dengan memperkenalkan Recharge Concept, sekali gus memberi gambaran mengenai model elektrik keluaran mereka pada masa depan. Dengan reka bentuk yang lebih radikal berbanding XC60 dan XC90, Recharge membawa falsafah reka bentuk “kurang tetapi lebih baik”.

Dari pandangan hadapan, jerijinya telah digantikan dengan “struktur-seakan perisai” yang menampilkan logo Volvo bercahaya. Ia diapit oleh sepasang lampu depan yang membawa interpretasi baharu “tukul Thor” dengan rekaan yang nipis dan nyalaan lampu beranimasi.

Roadtax di Malaysia Mahal dan Ini Puncanya! - Sembang Engear

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Dari sisi, ia seolah-olah tiada pemegang pintu. Kita juga dapat melihat bumbung kaca panorama, tiang yang nipis dan penderia LiDAR yang dilekatkan pada bahagian bumbung. Ke belakang, kelihatan sepasang lampu menegak seperti sayap yang akan timbul pada kelajuan tinggi bagi memperbaiki aerodinamik keseluruhan.

Model konsep ini juga menampilkan reka bentuk bampar minimalis dan spoiler yang kecil. Tema “kurang tetapi lebih baik” turut meresap ke dalam kabin yang menampilkan papan pemuka rekaan ringkas dengan sistem infohiburan 15-inci.

Selain paparan skrin di tengah papan pemuka, kelihatan juga satu skrin kecil di belakang stereng yang berfungsi sebagai paparan instrumen digital. Model konsep ini mempunyai empat tempat duduk yang dipisahkan dengan konsol tengah gaya terapung.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Recharge menggunakan bahan mesra alam dan kompartmen ruang simpanan berbentuk seperti beg. Menurut ketua pereka, Robin Page, ruang dalamannya mengabungkan teknologi pengalaman penggunanya yang terkini dengan bahan yang indah, lestari dan semula jadi.

Tambah beliau, setiap bahagian di ruang dalaman diibaratkan seperti karya seni dan boleh berdiri sendiri sebagai perabot individu di dalam bilik. Volvo masih lagi berahsia mengenai spesifikasinya, namun difahamkan model ini dibangunkan dari pelantar baharu yang direka khusus untuk kenderaan elektrik (EV).

Ini membolehkan lantai menjadi rata sepenuhnya, tidak seperti model EV generasi pertama mereka yang berkongsi pelantar dengan model yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman. Buat masa ini Recharge hanyalah konsep semata-mata, namun ia memberi gambaran awal model XC90 generasi baharu yang dijangka tiba sekitar tahun 2022.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply