ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo V60 Recharge T8 diperkenalkan – Harga bermula dari RM287,474

Berita Tempatan

Views

Volvo Car Malaysia telah memperkenalkan model estate hibrid palam-masuk (PHEV) Volvo V60 Recharge T8 baharu. Ruang kabinnya yang mewah pula direka untuk memenuhi permintaan gaya hidup moden.

Model ini dijana oleh enjin petrol Drive-E yang dilengkapi dengan pengecas turbo (turbocharger) dan pengecas super (supercharger) yang mampu menghasilkan output sebanyak 320 kuasa kuda dan 400Nm daya kilas.

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

Kombinasinya bersama motor elektrik pula mampu menjana output maksimum 407 kuasa kuda dan 640Nm daya kilas. PHEV serba boleh ini melepaskan emisi CO2 ultra-rendah semasa dalam mod sebenar dan mampu bergerak sejauh 49km untuk sekali cas penuh.

Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia Charles Frump, pengenalan Volvo V60 Recharge T8 sebagai PHEV membawa syarikat tersebut selangkah lagi ke hadapan dalam strategi elektrifikasinya.

Tambah beliau, pihaknya semakin hampir untuk merealisasikan aspirasi mereka untuk menawarkan barisan kenderaan elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Ditawarkan pada harga bermula dari RM287,474.00, Volvo V60 Recharge T8 kini tersedia untuk dilihat dan boleh ditempah di mana-mana pengedar sah Volvo di seluruh Malaysia.

Selain itu pelanggan juga boleh membuat tempahan pandu uji menerusi www.volvocars.com/my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply