ARKIB

KATEGORI

Buletin

VW T-Cross Breeze, SUV kecil dengan rekaan convertible

Views

Kumpulan Volkswagen, semakin merancakkan serangan mereka dalam segmen SUV kecil dengan memperkenalkan model konsep terbaharunya T-Cross Breeze yang muncul buat pertama kalinya di Geneva Motor Show 2016.

T-Cross Breeze bukanlah model pertama dari Kumpulan Volkswagen yang memulakan serangan tersebut kerana Audi Q2 baharu telah melakukannya lebih awal. T-Cross Breeze tampil dengan rekaan convertible berbumbung lembut dan ia telah dibangunkan dari platform MQB yang bakal digunakan oleh generasi baharu Polo selain berkongsi enjin serta transmisi yang sama. Namun hingga setakat ini, tiada sebarang maklumat diberikan oleh pihak Volkswagen.

Model ini juga mungkin ditawarkan dengan pelbagai pilihan enjin petrol, diesel dan hibrid. Ia juga mungkin mempunyai versi pacuan roda hadapan dan pacuan empat roda. T-Cross Breeze bakal berentap dengan Nissan Juke, Mazda CX-3, Honda HR-V dan model terbaharu Toyota C-HR apabila ia mula dikomersilkan nanti.

VW-T-Cross-Breeze-Concept-10 VW-T-Cross-Breeze-Concept-3 VW-T-Cross-Breeze-Concept-9 VW-T-Cross-Breeze-Concept-2 VW-T-Cross-Breeze-Concept-5 VW-T-Cross-Breeze-Concept-7 VW-T-Cross-Breeze-Concept-8 VW-T-Cross-Breeze-Concept-12 VW-T-Cross-Breeze-Concept-14

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply