ARKIB

KATEGORI

Tular

Wanita buntu, ‘rugi lebih RM51,000’ beli Toyota Vios terpakai rosak, tiada waranti

Tular

Views
@bro_wong #scam #fly #browong #TikTokAwardsMMY #review #keretamalaysia #trusteddealer #tipsusedcar #viralvideo ♬ original sound – Bro Wong Used Car

Seorang ibu tunggal mengalami kerugian lebih RM51,000 apabila kereta yang baru dibeli kira-kira tiga bulan lalu mengalami kerosakan selepas satu minggu digunakan.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, Bro Wong Used Car, wanita berkenaan mendakwa dia membeli kenderaan tersebut daripada seorang penjual kenderaan terpakai.

Menurutnya, apabila wanita itu melaporkan mengenai keadaan kereta berkenaan, penasihat jualan tersebut enggan bertanggungjawab kerana kenderaan itu tidak mempunyai waranti.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

Buntu dengan keadaan tersebut, wanita berkenaan menghubungi seorang lelaki dikenali Bro Wong yang mahir dalam proses pembelian kereta terpakai. Bro Wong mendapati wanita berkenaan juga terpedaya berkaitan jumlah bayaran pinjaman.

Berdasarkan sekeping kertas yang didakwa ‘form calculation‘ jumlah pinjaman, penjual itu turut menulis peratus faedah dalam keadaan mengelirukan iaitu angka empat tetapi jika diteliti semula ia adalah sembilan.

Hasil pengiraan semula mendapati perbezaan bayaran bulanan mencecah RM280 daripada harga asal yang sepatutnya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada masa sama, perkongsian tersebut turut mendedahkan kenderaan tersebut merupakan keluaran 2013 bukan 2014 seperti yang didakwa pembekal kereta terpakai berkenaan.

Dalam pada itu, Bro Wong berkenaan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika membuat pembelian kenderaan terpakai.

“Beli kereta macam mana pun, kena minta waranti. Paling kurang pun satu hari tetapi perlu ada perjanjian bertulis bukan guna mulut sahaja.

“Tiada benda yang keluar dari kedai tanpa waranti kecuali kalau barang itu murah. “Video ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada anda supaya tidak ada lagi mangsa lain pada masa akan datang,” ujarnya. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply