ARKIB

KATEGORI

Buletin

Wanita ugut anggota polis di SJR direman dua hari

Tular

Views

Seorang wanita yang didakwa mengugut anggota polis di Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Kepayan, di Kota Kinabalu, baru-baru ini, akan direman selama dua hari bagi membantu siasatan lanjut.

Menurut portal AsiaTimes, wanita berusia 34 tahun itu ditahan dirumahnya di salah sebuah kondominium di Jalan Lintas, di sini, kira-kira jam 11.20 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketika ditahan, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Katanya, polis turut mengambil tiga lagi telefon pintar milik anggota polis yang bertugas bagi membantu siasatan lanjut. Ketika kejadian, polis mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.

Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan. Mohd Zaidi berkata, pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.

Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan yang lengkap akan diserahkan ke Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Tambahnya, siasatan kini sudah meliputi 80 peratus dan suspek juga memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan.

Sebelum ini, kejadian yang berlaku pada 1 Jun lalu itu mendapat perhatian ramai selepas rakaman yang memaparkan wanita terbabit berang dengan anggota polis tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp.

Kejadian itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet termasuk ada yang mengecam tindakan wanita terbabit dan ada juga yang mahukan pendedahan sebenar punca kejadian berkenaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply