Yayasan Hasanah dan CARSOME Academy telah memeterai kerjasama untuk menawarkan biasiswa kepada 25 pelajar daripada komuniti B40 melalui inisiatif EmpowerYouth+ – Geran Khas Hasanah.
Usahasama ini memberi peluang kepada belia yang kurang berkemampuan dari kawasan luar bandar di Malaysia untuk menyertai program teknikal dan vokasional (TVET) automotif di CARSOME Academy.
Inisiatif EmpowerYouth+ bertujuan membawa perubahan positif kepada komuniti yang kurang berkemampuan dengan melengkapkan golongan belia bukan sahaja dengan kemahiran teknikal automotif tetapi juga pembangunan kepimpinan dan sokongan keperluan hidup.
Penerima bantuan yang berjaya akan menerima elaun perpindahan ke CARSOME Academy di Petaling Jaya, Selangor serta elaun bulanan untuk menampung perbelanjaan sara hidup di bandar, penginapan, dan elaun perjalanan.
CARSOME Academy juga akan menawarkan diskaun lebih 30 peratus daripada yuran biasiswa. Kerjasama ini juga bertujuan memperkasa pertumbuhan juruteknik mahir serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
Usaha ini selaras dengan potensi sektor automotif Malaysia yang dijangka mencapai nilai pasaran sebanyak AS$8.32 bilion pada tahun 2024.
Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Siti Kamariah Ahmad Subki berkata, pihaknya bukan sahaja menyediakan akses pendidikan yang saksama, malah berusaha untuk memperkasakan belia Malaysia dengan kemahiran masa depan melalui latihan TVET berkualiti tinggi.
Melalui inisiatif seperti EmpowerYouth+, individu-individu ini bukan sahaja memperoleh peluang ekonomi dan pada masa yang sama turut menyumbang kepada kemajuan Malaysia dalam sektor automotif, di samping meningkatkan taraf hidup keluarga dan komuniti mereka.
Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CARSOME Academy, Teoh Jiun Ee berkata, kerjasama dengan Yayasan Hasanah ini merupakan langkah strategik ke arah memperkasakan komuniti yang kurang berkemampuan.
Tambahnya, mekanisme bantuan akan memastikan pelajar dan keluarga mereka tidak perlu risau mengenai kos perpindahan ke kawasan bandar untuk menimba ilmu dan mencari peluang pekerjaan yang dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka.
Geran Khas Hasanah adalah sebahagian daripada komitmen Yayasan Hasanah untuk memperjuangkan pembangunan yang bersepadu dan berkekalan di seluruh Malaysia.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS
Dengan kerjasama CARSOME Academy, bantuan ini akan memastikan golongan muda, khususnya dari komuniti B40 luar bandar, menerima sokongan teknikal, peribadi, dan profesional yang mereka perlukan untuk berjaya dalam pasaran kerja yang kompetitif.
Program ini akan berlangsung selama 10 bulan, dengan fokus kepada menangani isu kekurangan kemahiran dalam sektor automotif sambil menyediakan pembangunan peribadi menyeluruh dan seimbang melalui modul tambahan seperti pembinaan resume, kemahiran temuduga, kecekapan IT, dan latihan kepimpinan.
Antara bidang utama kerjasama tersebut adalah:
- Biasiswa penuh untuk 25 belia yang kurang berkemampuan bagi mengikuti kursus TVET di CARSOME Academy.
- Latihan TVET komprehensif yang menggabungkan pembelajaran praktikal dan teori, dengan 70 peratus fokus pada pembelajaran praktikal.
- Sokongan sara diri untuk mengurangkan beban kewangan pelajar sepanjang pengajian, termasuk perbelanjaan sara hidup, penginapan, dan elaun perjalanan.
- Peluang latihan dalam pekerjaan (On-the-Job Training) dengan kerjasama peneraju industri automotif seperti CARSOME, Proton, dan Chery.
- Peluang pembangunan kerjaya, memastikan peserta dilengkapi dengan kemahiran yang sejajar dengan keperluan sektor automotif.
Selepas tamat pengajian, pelajar akan berpeluang menjawat jawatan seperti penasihat perkhidmatan, pemeriksa muda, dan juruteknik automotif.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
KOMEN TERKINI