ARKIB

KATEGORI

Buletin

ZEEKR rasmi bilik pameran pertama di Petaling Jaya

Berita Tempatan

Views

ZEEKR hari ini merasmikan pembukaan bilik pameran pertamanya di Petaling Jaya (PJ), Malaysia di bawah Sentinel Automotive Sdn. Bhd. Langkah ini menandakan satu lonjakan berani dalam usaha pengembangan jenama tersebut di Asia Tenggara.

Bilik pameran ZEEKR yang berkeluasan 660 meter persegi ini menampilkan model inovatif jenama EV tersebut, termasuklah model MPV elektrik mewah ZEEKR 009 dan hatchback kompak yang sporty, ZEEKR X.

Dengan gabungan teknologi canggih, reka bentuk luar biasa, dan prestasi mengagumkan, barisan model ZEEKR terkini menetapkan standard baharu bagi mobiliti elektrik masa depan.

Bilik pameran ini bukan sekadar ruang jualan, tetapi satu pengalaman yang mengundang pelanggan untuk meneroka visi ZEEKR ke arah masa depan yang lebih bersih, pintar, dan mengujakan di jalan raya.

Pengarah Urusan Asia Tenggara, Alex Bao berkata, fokus mereka adalah untuk memberikan prestasi tanpa tandingan, reka bentuk yang sofistikated, dan teknologi maju dalam setiap kenderaan yang mereka cipta.

JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…

Pengurus Besar Sentinel Automotive Sdn. Bhd., Daniel Lee berkata, pihaknya percaya Petaling Jaya adalah bandar yang ideal untuk melancarkan ruang pemaran ini.

Tambahnya, ZEEKR bukan sekadar membawa kenderaan elektrik yang lestari – ia tentang prestasi, inovasi, dan transformasi pengalaman pemanduan. Dan semuanya bermula di ZEEKR Space Petaling Jaya.

Sebelum pembukaan rasmi, Sentinel Automotive Sdn. Bhd. telah memulakan sambutan dengan penghantaran awal beberapa unit kenderaan kepada pelanggan bersempena perayaan Tahun Baru Cina.

ZEEKR 009

MPV elektrik mewah ini direka dengan menumpukan pada keselesaan, inovasi, dan teknologi tinggi. Ia menawarkan kabin yang luas serta sofistikated untuk pengalaman pemanduan dan penumpang yang luar biasa.

Sistem kuasa elektriknya memberikan jarak pemanduan sejauh 582km bagi setiap cas penuh tanpa menjejaskan prestasi.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC3@AMA01 kelihatan di Petron, dilengkapi sistem ADAS

Selain itu, ciri pintar seperti keupayaan pemanduan autonomi, sambungan digital maju, dan kawalan intuitif menjadikan perjalanan lebih lancar dan futuristik.

Sama ada untuk kegunaan keluarga atau perjalanan perniagaan, ZEEKR 009 menggabungkan keanggunan, kepelbagaian, dan kecekapan, menjadikannya sebagai peneraju sebenar dalam pasaran kenderaan elektrik.

ZEEKR X

Model elektrik kompak, ZEEKR X menampilkan reka bentuk yang bergaya, prestasi dinamik, dan ciri intuitif. Dilengkapi dengan teknologi pacuan elektrik canggih, ia menawarkan pemanduan yang lancar dan responsif dengan jarak pemanduan sehingga 440km.

Ruang kabinnya dilengkapi dengan pelbagai teknologi, dengan antara muka mesra pengguna, sambungan pintar, dan bahan premium untuk pengalaman yang selesa dan moden.

Pelanggan dijemput untuk mengalami sendiri pemanduan model ZEEKR dengan menempah sesi pandu uji di ZEEKR Space Petaling Jaya terletak di 58, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, PJS 12, 46200 Petaling Jaya, Selangor (Google Maps).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply