ARKIB

KATEGORI

Buletin

6 watak utama pengunjung bilik pameran kereta semasa pelancaran model baharu

Views

Pelbagai ragam dan karenah pengunjung akan dapat dilihat di bilik pameran kereta semasa pelancaran model baharu tak kiralah keluaran tempatan atau import. Kami telah membuat pemerhatian secara rambang dan berjaya mengklasifikasikan beberapa watak pengunjung. Kami tak berniat pun nak menyindir sesiapa, tapi kalau terasa hati tu kami minta maaf banyak banyaklah sempena bulan Ramadan ni ye. Jom kita lihat apakah watak watak tersebut.

penyelia kualiti

PENYELIA KUALITI

Watak ini merupakan yang paling popular dan kerap kita temui semasa pelancaran model baharu. Pernahkah anda melihat pengunjung yang membuka dan menutup segala pintu kereta yang ada berulang kali? Atau yang meneliti kemasan dalaman kereta sehingga dapat mengesan ruang pemasangan yang tidak rapat atau selari di papan pemuka kereta?

Golongan ini kami namakan mereka sebagai PENYELIA KUALITI. Mereka ini mempunyai naluri ketelitian yang sangat tinggi, terutama deria penglihatan dan pendengaran. Mereka ini dikurniakan kemampuan luar biasa sehingga dapat menentukan sama ada kualiti kereta itu bagus atau tidak dengan hanya mendengar bunyi pintu ditutup. Tak payah pandu uji pun tak pe. Pelik tapi benar.

jurutera automotif

JURUTERA AUTOMOTIF

Ini satu lagi watak yang paling kerap kita temui. Mereka ini bukan lah JURUTERA AUTOMOTIF yang sebenar tetapi apabila di bilik pameran, mereka bertukar menjadi pakar dalam bidang tersebut. Dia punya sembang tak ingat. Sebut apa sahajalah pasal enjin ke transmisi ke dan apa apa yang berkaitan dengan mekanikal kereta tapi kebiasaannya auta je yang lebih. Ada juga yang kutuk macam macam tanpa sebarang fakta.

Mereka ini mampu membuatkan jurujual dan pengunjung lain ternganga apabila mendengar hujah hujah mereka. Kebiasaannya golongan ini akan melengkapkan diri terlebih dahulu dengan pelbagai maklumat dari laman web automotif dan media sosial sebelum ke bilik pameran.

profesor1

PROFESOR

Yang ini lagi power! Boleh dikatakan otai atau profesor serba tahu. Watak JURUTERA AUTOMOTIF tadi bukan lah tandingannya. Golongan seperti boleh diibaratkan sebagai Wikipedia bergerak hinggakan saham syarikat tersebut jatuh pun dia tahu. Paling menarik pengunjung seperti ini boleh dikategorikan sebagai “Edisi Terhad” dan mereka ini sangat sangat membantu jurujual memberi penerangan kepada pengunjung yang lain. Bukan calang calang orang ni. Hebat kan!

wartawan

WARTAWAN

Pengunjung seperti ini bakal memberi igauan ngeri kepada si jurujual. Mereka ini ibarat seorang WARTAWAN yang akan menanyakan apa sahaja soalan sampai tak terlaratlah nak menjawab. Melekat je dengan jurujal tu sampai dah tak boleh nak layan orang lain. Pengungjung yang suka bertanya ni memang bagus tapi kalau banyak sangat tanya sampai melalut ke benda benda yang tak berkenaan pening juga nak menjawab kan?

jurufoto

JURUFOTO

Jika ada WARTAWAN pasti akan ada JURUFOTO. Pengunjung seperti ini hanya datang ke bilik pameran untuk mengambil gambar kereta atau ber’selfie’ bersama kereta baharu tersebut dan terus memuatnaiknya ke akaun media sosial masing masing. Mereka ini biasanya tak banyak cakap sebab gambar yang mereka ambil akan bercakap untuknya nanti. Kami yakin anda pernah jumpa pengunjung seperti ni kan?

penguji makanan

PENGUJI MAKANAN

Bukan semua yang datang ke bilik pameran kereta semasa pelancaran model baharu untuk melihat dan memandu uji model tersebut. Ada tu datang untuk menjamu selera dengan makanan yang disediakan oleh pihak syarikat. Almaklumlah, makan free. Bulan puasa ini mungkin la tak ada, tapi bulan bulan lain tu memang Raya lah mereka ni.

Kena makanan sedap, siap bertambah lagi sampai tak pandang kiri kanan dah. Makwe lalu kat sebelah pun dia tak perasan lah. Kami gelarkan mereka ini sebagai PENGUJI MAKANAN sebab semua benda yang ada kat situ dia akan rasa kesemuanya. Jangan marah la ye, hahahaha.

Artikel ini sekadar suka suka dan rekaan kami semata mata. Kalau anda rasa ia menghiburkan, jangan lupa kongsi dengan kawan kawan ye!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

5 Comments

Leave a Reply