ARKIB

KATEGORI

Buletin

Akademi Automotif Volkswagen dirasmikan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini telah melancarkan Akademi Automotif Volkswagen yang pertama di Malaysia secara rasmi yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. Dengan berkeluasan lebih 14,117 kaki persegi, akademi tersebut dilengkapi dengan semua kemudahan untuk menjalankan latihan jualan dan selepas jualan (teknikal serta bukan teknikal) yang lengkap.

Ia mampu menempatkan sehingga 150 orang pelatih setiap hari yang akan menjalani program-program yang intensif merangkumi produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh 13 orang kakitangan latihan berdedikasi. Modul-modul latihan melibatkan kemahiran insani, amali, simulasi teknikal, diagnostik dan fungsi.

Bagi latihan selepas jualan pula, terdapat empat ruang penyelenggaraan dan dua pusat servis teknikal (TSC). Kemudahan dan peralatan lain seperti mesin penjajaran roda, pengubah suai lampu utama, pengangkat, latihan sistem papan elektronik, sistem diagnostik dan peralatan sedia digunakan oleh para pelatih untuk menawarkan pengalaman pembelajaran secara amali yang lebih berkesan. Peralatan dan perkasasan ini diiktiraf oleh Volkswagen AG dan disediakan khas untuk memenuhi keperluan pasaran Malaysia.

Terdapat juga satu bilik khas untuk sistem pengurusan alat ganti. Para pelatih dilatih secara praktikal serta simulasi tentang bagaimana untuk mengurus, menyimpan serta mengkategorikan alat ganti dan peralatan. Akademi itu turut mempunyai sebuah dewan serba guna dan enam bilik belajar.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu bahawa Akademi Automotif Volkswagen adalah bukti terhadap komitmen VPCM untuk terus meningkatkan serta mendidik anak-anak tempatan dan para pengedarnya. Melalui Akademi ini, ia menjadi satu langkah penting buat VPCM untuk merealisasikan falsafahnya dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dengan nilai tambah kepada para pelanggan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply