ARKIB

KATEGORI

Buletin

Benarkah Pelupusan Kereta Lama Bagus Untuk Kita?

Views

Artikel oleh : Shamsul Yunos

  • Cadangan rebat RM5,000 untuk kereta tamat hayat
  • Pemeriksaan tahunan perlu dilaksanakan
  • Umur kelayakan belum ditentukan
  • Kesan kepada kereta klasik?

Isu pelupusan kereta tua ataupun lebih tepat lagi, kereta tamat hayat adalah isu panas, tiap kali dibangkitkan ramai yang marah kerana ianya dilihat sebagai satu usaha yang bakal menindas golongan berpendapatan rendah. Betulkah?

Nampaknya industri automotif Malaysia sedang cuba membangkitkan kembali isu ini dan mahu melihat respon dari rakyat Malaysia. Tahun lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Datuk Mohamad Madani Sahari membangkitkan semula isu ini dan mencadangkan sistem rebat untuk trade-in dan semalam suara beliau disambut baik oleh Presiden Persatuan Automotif Malaysia, Datuk Aishah Ahmad dalam rencana utama UtusanBiz semalam.

Menurut Aishah, sistem pelupusan ini mampu menghasilkan perkembangan pasaran automotif yang mampan dan memastikan industri automotif terus menjadi penyumbang besar kepada pendapatan negara. Industri automotif menyumbang RM6 billion cukai negara. Mungkin ianya bagus untuk industri automotif, tapi adakah ianya bagus untuk kita, sebagai pemilik kenderaan di Malaysia?

Sebenarnya, pelupusan kereta akhir hayat berlaku walaupun tiada undang undang dikuatkuasakan kerana bila pemilik dah tak sanggup membayar upah baiki kerosakan dan alat ganti kereta dan ia tak laku untuk di jual sebagai kereta terpakai, dah tentu kereta tu samada ditinggalkan di tepi jalan ataupun di bengkel.

Tiap tahun Majlis Daerah ataupun Dewan Bandaraya terpaksa membuat kutipan kereta yang ditinggalkan utnuk dilupuskan, kalau pemilik rajin dia akan panggil peniaga besi buruk dan bahan lusuh untuk angkut bangkai kereta dan dapatlah dia sedikit duit. Masa besi buruk tengah mahal dulu boleh dapat sampai RM1,500 satu kereta tapi sekarang mungkin harganya serendah RM400 satu kereta, belum tentu dah tolak upah angkat kereta lagi tu.

Ramai yang kata di kampung banyak kereta lama yang terpaksa berkubur jika polisi kereta tamat hayat dilaksanakan dan ini mungkin berlaku. Namun sebelum polisi ini dijadikan satu amalan, ada beberapa perkara lain yang perlu berlaku. Langkah pertama sebelum perlaksaaan polisi tamat hayat ialah pemeriksaan tahunan untuk semua kenderaan sebelum diberikan cukai jalan dan amalan ini adalah biasa dikebanyakkan negara maju dan juga beberapa negara di Asia Tenggara seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam namun tahap penguatkuasaan mereka mungkin berbeza-beza.

Pelaksanaan sistem kelayakan cukai jalan melalui pemeriksaan tahunan penting untuk memastikan kenderaan yang diberi hak untuk menggunakan jalan raya dan lebuh raya di Malaysia adalah selamat dan tidak membahayakan pemandu, penumpang mahupun pengguna jalan raya yang lain. Lazimnya pelepasan diberikan kepada kereta yang berusia lima tahun ataupun kurang namun ada juga negara yang memendekkan tempoh pelepasan kepada kenderaan yang berumur kurang dari tiga tahun.

Ramai yang melihat ini sebagai satu kos tambahan yang membebankan dan kami tak mampu memantulkan hujah ini kerana sudah tentu ada kos untuk pemeriksaan namun jika ianya dijadikan kos minimal maka ia mungkin boleh diterima oleh masyarakat. Bagi pemilik kenderaan yang suka mengelat dari servis berjadual dan gemar melengahkan penggantian sesuatu komponen yang tamat hayat, pemeriksaan tahunan akan memaksa mereka untuk mengganti semua komponen yang rosak ataupun tidak selamat.

Tak boleh lagi nak berjimat tak tentu arah lepas tu kereta rosak kena belanja ribuan ringgit untuk baiki. Pemeriksaan tahunan menggalakkan tabiat penyelenggaraan yang baik tapi mungkin ada yang tak suka ianya dilaksanakan. Selepas sistem pemeriksaan tahunan dijalankan, pemilik yang suka mengambil jalan penjimatan palsu tentu akan tiba tiba merasa tak berbaloi untuk membaiki kereta mereka untuk lulus pemeriksaan tapi orang yang sentiasa ikut jadual penyelenggaraan tak akan berasa apa apa perbelanjaan tambahan kerana kereta sentiasa berada dalam keadaan elok.

recalls-thinkstock-139910365

Dalam pengamatan kami, ramai yang akan membantah sistem pemeriksaan tahunan walaupun ianya bagus dan boleh melindungi semua pengguna jalanraya dan memastikan kereta terpakai yang hendak dijual masih lagi dalam keadaan selamat digunakan. Kerajaan boleh memintas proses pemeriksaan tahunan dan terus menawarkan rebat tunai untuk mereka yang mahu menukar kenderaan berumur 20 tahun ke atas kepada kereta baru, ini akan memastikan berpuluh ribu kereta yang hampir tamat hayat dijual dan bertan-tan bahan dapat dikitar semula.

Ini pernah dilakukan pada tahun 2008-2010 ketika pasaran kereta lemah akibat krisis kewangan dunia dimana kerajaan menawarkan rebat RM2,500 manakala Proton dan Perodua pula menawarkan RM2,500 dan rebat tunai RM5,000 ditawarkan kepada pemilik kenderaan berumur 15 tahun atau lebih tua yang ingin memberi kereta baru dari mereka.

Tawaran ini mendapat sambutan hebat dan kedua dua syarikat terpaksa menghentikan tawaran mereka dalam tempoh kurang dari setahun kerana dana untuk tawaran tersebut telah habis digunakan. Langkah tersebut disusuli oleh diskusi tentang cara untuk memproses kenderaan akhir hayat dan kemungkinan melaksanakan satu sistem untuk mengurangkan bilangan kenderaan usang dan tidak selamat dari jalanraya.

Bagaimanapun ianya mendapat bantahan ramai maka kerajaan tidak meneruskan usaha tersebut. Selain dari menjadi cara untuk memastikan hanya kenderaan yang diselenggara dengan baik terus berada di jalanraya, sistem mengitarsemula kenderaan akhir hayat adalah satu proses yang mampu menjana jualan dan perkembangan pasaran yang mampan.

Bilangan kenderaan di jalanraya dijangka akan tepu dalam tempoh 10-15 tahun akan datang dan apabila tahap tepu dicapai pasaran domestik sukar berkembang pada tahap sekarang dan ini sudah tentu membimbangkan seluruh industri automotif. Selain memastikan sistem pemeriksaan tahunan adalah telus dan tidak membebankan rakyat dan tidak menjadi lubuk sogokan, kita juga perlu memastikan sistem rebat akhir hayat dapat memberi nilai yang berpatutan kepada pemilik kenderaan lama.

Nilai rebat RM5,000 dianggap sesuai buat masa kini namun ianya perlu dilaras semula setiap beberapa tahun bagi mengikut tahap inflasi dan juga harga kereta semasa. Di Eropah, setiap kenderaan yang dijual dikenakan cukai alam sekitar dan dana ini digunakan untuk memastikan kenderaan akhir hayat dikitar semula dengan proses yang selamat dan tidak melepaskan bahan bahaya seperti asid bateri, gas penyaman udara, bahan api, minyak dan pelincir ke alam sekitar. Ada kemungkinan model ini digunapakai di Malaysia dan digabungkan dengan sistem pemeriksaan tahunan dan penetapan usia kelayakan untuk kenderaan.

MustangShootBlad93

KESAN KEATAS KENDERAAN KLASIK

Dengan proses ini mereka yang mahu terus menggunakan kenderaan lama atau klasik boleh meneruskan niat mereka selagi mana kenderaan mereka dijaga dengan baik. Kenderaan klasik atau vintage mungkin diberikan pelepasan khas dan pemilik perlu membuat permohonan bagi tujuan tersebut dan diberi tempoh masa tertentu untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan selamat untuk digunakan.

Ini penting kerana ada kenderaan lama yang dijumpai dalam keadaan usang tetapi boleh diperbaiki dan diperbaharui supaya menjadi elok tetapi ianya memerlukan masa, adakalanya bertahun tahun diperlukan untuk memburu komponen dan memperbaikinya semula.

Jadi adakah sistem pelupusan kenderaan akhir hayat dan sistem pemeriksaan tahunan bagus untuk kita. Jawapannya ya sekiranya kita mahu maju ke depan dan memastikan jalan raya kita makin selamat kerana sistem ini mampu meningkatkan disiplin penyeleggaraan yang diaktakan lemah di Malaysia.

Kami di Funtasticko mahukan pendapat semua rakyat diambil kira sebelum sistem ini dilaksanakan bagi memastikan tidak ada penindasan yang berlaku. Jika anda ada pendapat sila letak di bahagian komen di laman web ataupun di laman Facebook kami dan kami akan jadikannya sebagai petunjuk bagaimana kita perlu berbincang dengan pihak kerajaan.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

12 Comments


  • Dasar yg jelas menguntungkan pihak ketiga iaitu insurans, pembuat kereta, banker, puspakom dan juga gov.

    Andai ini benar terjadi, Bagaimana pula bagi pemilik yg berusia 60tahun keatas.. boleh kah bank luluskn pinjaman? Dan mahukah insurance nak cover untuk pemilik yg dh berusia?

    Apa pihak gov mahu rakyatnya sentiasa hidup dlm hutang dari muda sampai ke tua hanya untuk dasar selamat?

    Sehingga ke hari ini, pihak yg bertanggungjawab pon masih belum mampu nak keluarkan statistik yg mnunjukan bukti bahawa kenderaan lanjut usia ini mengundang kpd kecelakaan.


  • Apa sebab sebenarnya nak buat EOL (End of Life) policy ni?
    Nak jaga market atau nak jaga keselamatan?
    Sebab 2-2 ni ada cara nak capai even EOL tidak dibuat sekalipun

    Nak jaga market senang saja. Buat kereta ni affordable. Orang akan tukar kereta. Jangan risau
    Nak jaga keselamatan pun senang. Nak renew roadtax kena ada basic puspakom report on safety. Or kalau nampak teruk sgt RTD boleh round and tow semua yang teruk. Amend law utk possession of unworthy road condition

    Tapi apa apa rule pun, mesti istiqamah and jujur lah. Tak guna kalau law dari langit sekali pun tapi u abuse.

    Kita selalu quote negara itu ini buat itu ini, tp kita tak pernah ukur / tahu apa yang dorg buat as a whole programme. Ambik sikit sini, cubit sikit sana then argue case nak buat mcm dorg. Tambah tambah lak yg level level atas ni policy maker. Ikut sedap korang ja buat. Policy maker please lah buat study yg thorough sikit, bukan takat spend duit g europe sight seeing buat kerja sikit ambik gmbar then viola! Siap! Kalau tak reti nk buat call aku, kita akan set group jadi think tank.

    Europe buat EOL ni sebab kereta mmg affordable, and maintenance pun murah. Tp kerajaan dia bijak. Ambik tax ikut cara lain. Macam macam, congestion charge, insurance based on risk of driver / vehicle, MoT road worthy test, pollution tax, etc. even dorg punya incentive utk green vehicle pun clear.


  • Totally rubbish.600k TIV/year vs. 30 mil population.Indon yang rakyat bilion2 pun kalah tau.Tak cukup besar ke industri auto kat Malaysia ni?Ni semua agenda nk sauk duit rakyat je.


  • Tujuan utama untuk mengembangkan industri automotif dan meningkatkan pendapatan kerajaan.Pihak terbabit perlu menghasilkan situasi menang-menang untuk semua pihak termasuk pengguna.

    Persoalan yang perlu dijawab, kenapa pengguna perlu menukar kereta baru sedangkan harga kereta mahal dan kereta masih boleh digunakan. Pengguna makin terbeban untuk menanggung hutang baru.

    Pendapat saya, harga kereta mestilah berpatutan dan murah(kurangkan cukai dll),beri rebate dan apa2 ganjaran bila tukar yang baru, trade in kereta lama.Beri minyak percuma atau servis percuma atau tol percuma untuk tempoh tertentu.Berikan ganjaran untuk pembelian kereta nasional(diskaun parking).Galakkan orang kaya membeli kereta buatan nasional dengan berikan keistimewaan tertentu.

    Pengecualian kepada golongan2 yang kurang mampu atau bersara.


  • Bagi pandangan aku pula, aku nmpk tujuan utama lebih kepada market industri kereta yang bakal TEPU. So bagi aku, sebelum nak buat pelupusan lebih baik hapuskan cukai kereta dan jadikan kereta sebuah kenderaan mampu milik. Bila ini berlaku, SIAPA YANG X NAK TUKAR KERETA SETIAP 5 TAHUN? Mesti rakyat akan rajin tukar kereta baru kerana lebih selesa, lebih selamat dan mampu dimiliki dan tak terbeban dengan hutang pinjaman lama lama.

    Bila ini dilakukan, barulah disusuli dengan program pelupusan kereta dan dapat rebat. Baru proses ini sempurna, lancar dan MENANG MENANG kepada semua pihak samada industri dan juga rakyat


  • Kalau nak lupus kereta lama contohnya proton saga lama kerajaan perlu gantikannya dgn proton saga yg terbaru, bukannya rebat yg RM5k kebawah


  • Ini cadangan bodoh macam keldai…korang cuma tau pikir nak penuhkan poket korang dgn duit & penuhkan taik dalam usus besor sendiri je…keturunan bodoh haram jadah je yang buat cadangan taik macam ni!!


  • Cadangan nya bagus, tp pelaksanaan tu mgkin susah sikit la.untuk turunkan harga kereta sbb nak laksana menda ni memang tak logik, sbb nanti mengamuk tauke kereta terpakai..jadi nk buat mende ni cadangan teman, rebat kena sama dengan harga semasa kereta atau minima harga sebagaimana yang di insured oleh pihak insurans. jd pemilik ade pilihan, nak jual atau scrap..maksima tahun tu boleh je letak berapa2 tahun pun tapi kos periksa tu kerajaan kena tanggung la. kan dah dpt cukai bilion2 tu.kalau 20juta kereta, rm 100 satu kereta baru luak rm2b. apa la sangat rm2b kalau pulangan dia lagi bilion2 kat kerajaan kan.


  • Saya sebenarnya tidak setuju sistem pelupusan semata-mata nak kembangkan industri automotif.Nampak tujuannya untuk keuntungan beberapa pihak sahaja. Sepatutnya pihak industri perlu cari jalan lain utk kembangkan bisnes dan bukannya menggunakan kerajaan dan pengguna sebagai alat untuk mengaut keuntungan


  • Jangan jadi macam amerika yang syarikat-syarikat besar sering menggunakan kerajaan sebagai alat untuk keuntungan sistem kapitalis.sepatutnya ikut cara Sweden yang menggunakan kapitalis sebagai alat untuk memberi manfaat kepada masyarakat.


  • boleh buat if cukai eksais dan cukai import di hapuskan…..dan harga kereta murah mcm di jepun dan negara2 maju. kereta klasik plak boleh di gunakan dgn syarat dm kondisi baik,,,dan selalunya roadtax yg tinggi dr kereta baru…

Leave a Reply