ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kenderaan swapandu Uber terlibat dalam kemalangan maut di Tempe, Arizona

Views
Self-driving Uber vehicle involved in fatal Tempe crash

Salah sebuah dari kenderaan Volvo XC90 swapandu Uber terlibat dengan kemalangan maut di Tempe, Arizona. Kes tersebut kini masih dalam siasatan dan ABC15 melaporkan kemalangan berlaku pada awal pagi tadi semasa seorang wanita sedang melintas jalan dengan basikal dan dirempuh oleh kenderaan tersebut. Wanita tersebut telah dikejarkan ke hospital yang berhampiran namun disahkan meninggal dunia.

Buat masa ini segala butiran adalah terhad, namun Polis Tempe telah melaporkan kenderaan tersebut beroperasi secara swapandu semasa kemalangan dan seorang pemandu keselamatan turut berada dalam kenderaan tersebut. Jika benar, ia bermakna kedua-dua kenderaan dan pemandu keselamatan gagal untuk mengesan wanita tersebut.

Walaupun insiden tersebut dianggap tragik, tetapi ada laporan mengatakan wanita tersebut tidak menggunakan lintasan pejalan kaki. Ada kemungkinan pemandu keselamatan tidak menyedari kehadiran wanita tersebut dan tidak menyangka ada orang melintas jalan di tempat yang bukan ditetapkan. Sepatutnya sistem swapandu tersebut menghentikan kenderaan, tapi malangnya ia tidak berlaku.

Pihak Uber hanya mengeluarkan kenyataan ringkas di laman Twitter rasminya yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mereka akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak Polis Tempe serta pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat insiden tersebut. Seorang jurucakap wanita bagi pihak Uber berkata kepada Wall Street Journal, syarikat tersebut telah menggantung sementara operasi kenderaan swapandunya yang kini sedang diuji di Tempe, San Francisco, Pittsburgh dan Toronto.

Kemalangan ini bukanlah kes yang pertama, namun kemalangan maut itu mungkin menyebabkan syarikat akan memberi pengawasan lebih ketat terhadap teknologi dan prosedur keselamatan kenderaan swapandu tersebut. Kes ini juga bakal mengubah sikap keterbukaan Arizona untuk kenderaan swapandu kerana negeri itu telah pun membenarkan Waymo untuk beroperasi tanpa pemandu keselamatan dan baru-baru ini telah meluluskan perkhidmatan swapandu sepenuhnya kepada syarikat tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply