ARKIB

KATEGORI

Buletin

10 maut termasuk 8 kanak-kanak dalam nahas 4 kenderaan di Lebuhraya Elite

Berita Tempatan

Views

Seramai 10 individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, malam tadi.

Menurut K! ONLINE, Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian itu melibatkan dua buah Proton Wira, sebuah Perodua Axia dan sebuah treler.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Kata beliau, pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.42 malam dan seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi.

Setibanya di tempat kejadian didapati nahas membabitkan 17 mangsa, yang mana 10 daripadanya disahkan meninggal dunia.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Tambahnya, mangsa yang maut adalah seorang lelaki dan seorang wanita, manakala lapan lagi membabitkan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu merupakan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu dan lapan anaknya.

Jelasnya, bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan sebuah kren digunakan untuk mengangkat treler terbabit. Bagaimanapun, 10 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply