ARKIB

KATEGORI

Tular

TULAR: Kereta tak sempat lalu, palang RFID turun dulu

Tular

Views
@j_cy99Anyone have better solutions? 😔##tollgate ##npe ##pjs5♬ Oh No – Kreepa

Kecoh di media-media sosial sejak semalam apabila Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) bermula 15 Januari depan.

Menurut kenyataan itu, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih diteruskan buat ketika ini, namun kedua-duanya akan dihentikan secara berperingkat untuk memberi ruang kepada pembukaan lebih banyak lorong RFID.

Rata-rata warganet memberikan reaksi yang bercampur-baur mengenai pengumuman tersebut, ada yang bersetuju, namun ada juga yang masih ‘skeptikal’ dengan sistem tersebut berdasarkan ‘pengalaman buruk’ masing-masing.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Baru-baru ini tular satu video di laman TikTok yang dimuat naik oleh pemilik akaun @j_cy99 yang merakamkan kejadian palang tol RFID ‘turun dahulu’ sebelum sempat keretanya melepasi plaza tol.

Kejadian yang dirakam menerusi perakam video digital (dashcam) itu dikatakan berlaku di plaza tol Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Disebabkan ‘kepincangan’ sistem RFID itu, pemandu wanita tersebut tiada pilihan dan terpaksa merempuh palang tol hingga menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian keretanya.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Berdasarkan keterangan pada video tersebut, pemandu wanita itu juga telah membuat aduan, namun masih belum menerima jawapan daripada pihak terbabit.

Kami berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan isu yang sering dihadapi oleh pengguna RFID sebelum lorong Touch ‘n Go dan SmartTag dimansuhkan sepenuhnya secara berperingkat kelak.

* Jangan pula risau nak guna RFID selepas tonton video ini ye. Mungkin ini kes yang terpencil dan diharapkan isu teknikal seperti ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply