Sebanyak 3.7 juta kenderaan didapati masih tidak memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) di seluruh negara mengikut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 15 November lalu.
Sinar Harian melaporkan, Timbalan Ketua Pengarah JPJ Malaysia (Perancangan dan Operasi), Aedy Fadly Ramli menggesa orang ramai supaya tidak menunggu sehingga saat akhir untuk memperbaharui LKM tersebut.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Menurutnya, selain berurusan secara dalam talian, semua cawangan JPJ dan kaunter JPJ di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan beroperasi sehingga jam 5 petang termasuk pada hujung minggu bermula Sabtu sehingga 31 Disember untuk mengelakkan kesesakan.
Jelas beliau, buat masa sekarang, pihaknya memberi peluang untuk perbaharui LKM tetapi selepas 31 Disember, sekiranya tiada arahan daripada kerajaan untuk sambung lagi moratorium LKM, mereka akan mengambil tindakan undang-undang.
Tambah beliau, pihaknya juga mengalakkan untuk membuat urusan secara dalam talian bagi urusan yang tidak rumit seperti memperbaharui lesen memandu.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Sementara itu, Aedy berkata, sebanyak 3,210 kenderaan telah diperiksa dalam Ops Sepadu yang disertai anggota JPJ dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan itu.
Katanya, sebanyak 596 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di kedua-dua hala Plaza Tol Sungai Besi.
Tambahnya, beberapa agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen Malaysia), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menyertai operasi tersebut.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>
KOMEN TERKINI