Kebanyakan kita membuat keputusan mengenai kereta berdasarkan emosi, walaupun kita cuba sedaya upaya untuk menggunakan akal dan perbandingan untuk menentukan pilihan.
Hanya selepas kita membeli, baharu tersedar kelebihan dan kekurangan sesuatu model atau jenama kenderaan tetapi selalunya produk yang sudah terbukti jarang menghasilkan kejutan yang mengecewakan pembeli.
Proton Iriz ialah salah satu produk di pasaran Malaysia yang paling banyak menerima kemaskini dan usaha pembangunan, ini kerana model asal sudah berada di pasaran sekitar tujuh tahun dan kini sudah melalui sekurang kurangnya tiga penambahbaikan.
Ada yang berkata Iriz sudah berumur tapi masih ramai yang meminati model ini, jadi kali ini kami menemubual pembeli 2022, Iriz Nur Afiqah binti Bahrudin dan bertanya mengapa beliau membeli Iriz Active dan ternyata ada lima sebab utama mengapa mereka memilih model yang sudah matang ini.
Antara ciri yang memang telah disemat ke dada Iriz dari segi kejuruteraan ialah tahap keselamatan bertaraf 5-Bintang ASEAN-NCAP dan dilengkapi dengan enam beg udara. Selain ciri keselamatan, Iriz juga kini diberi ciri mod Eco yang menghasilkan penjimatan bahan api.
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
Walaupun kami merasakan sebab utama untuk membeli Iriz terkini ialah peningkatan tahap kualiti dan prestasi, tapi sebenarnya sebab utama kenapa pembeli memilih Iriz ialah reka bentuk baharu yang bergaya dan anggun.
Nur Afiqah pada mulanya dia jatuh hati dengan reka bentuk luaran model Active. “Gaya yang lebih muda dan aktif menarik perhatian saya, kemaskini reka bentuk, kemaskini spesifikasi, malah kemaskini logo pun ada faktor wow!”, katanya.
Tambahnya, “kemasan dua rona menjadikan kereta ini kelihatan lebih bergaya manakala rel bumbung menaikkan fokus kepada imej lasak”. “Reka bentuk lampu LED depan yang garang dan kemasan warna dwitona untuk roda melengkapkan keanggunan model ini,” kata Nur Afiqah.
Reka bentuk kabin dengan ciri gaya muda juga menjadi sebab kedua pembeli Iriz selesa dengan pilihan mereka. Ciri kabin yang paling berharga ialah adanya enam slot USB. Lima slot USB untuk semua penumpang dan satu slot tambahan yang terletak berhampiran cermin pandang belakang untuk kuasa bagi perakam video digital (dashcam).
Selalunya penumpang akan berebut untuk mengecas perantidan kerap ada yang kecewa. “Ini membolehkan semua penumpang mengecas peranti tanpa berebut-rebut,” kata Nur Afiqah. Penggunaan meter digital juga dirasakan memberi Iriz citarasa premium.
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
Yang lebih unik lagi, Nur Afiqah gemarkan bunyi amaran tali keledar yang serupa amaran dalam kapal terbang dan tidak menjengkelkan. Dia juga suka kerana Iriz dilengkapi dengan pengesan penumpang untuk semua tempat duduk dan ada lampu ingatan.
“Ini bukan saja boleh mengelakkannya disaman jika penumpang tidak menggunakan tali keledar, tapi juga lebih selamat,” tambahnya lagi. Pembeli Proton kerap memilih jenama ini kerana ciri pemanduan dinamik dan ini juga sebab keempat pembeli Iriz terus tersenyum.
Nur Afiqah juga mendapati sistem gantungan terkini lebih selesa berbanding model lama dan tidak mengakibatkannya mengalami sakit belakang semasa perjalanan jauh. Kini dia sedar bahawa pemanduan dan pengendalian (ride and handling) yang bagus membolehkan kita memandu jarak jauh tanpa terlalu letih.
“Saya berikan Iriz Active empat dari lima bintang kerana saya suka pemanduannya yang selesa terutama bila di jalan yang kurang sempurna,” tambahnya lagi. Kalau nak tahu, sebab kelima pembeli Iriz berpuas hati ialah harga dibawah RM55K yang sangat berbaloi.
Ye lah, canggih macam mana sekalipun kalau ‘harga mengarut’, tak terbeli juga kan?
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>
KOMEN TERKINI