ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Pusingan akhir musim ke-4 Vios Challenge – Tengku Djan, Clement Yeo, Shukri Yahaya dan Naquib Azlan muncul juara keseluruhan kategori

Sukan Permotoran

Views

Festival TOYOTA GAZOO Racing dan pusingan akhir Vios Challenge Musim Ke-4 di Litar Antarabangsa Sepang yang julung kalinya dilangsungkan pada waktu malam baru-baru ini telah melabuhkan tirainya dengan menyajikan aksi-aksi dramatik.

Akhirnya kesemua juara bagi setiap kategori telah pun dinobatkan secara rasmi. Putera drift dan juga duta TOYOTA GAZOO Racing Malaysia, Tengku Djan Ley muncul juara keseluruhan kategori Super Sporting Class untuk para pelumba elit.

Ini juga merupakan kejuaraan ketiga beliau dalam kategori tersebut. Clement Yeo muncul juara keseluruhan kategori Sporting Class untuk para pelumba amatur. Bagi kategori Promotional Class, setelah empat musim perlumbaan pelakon Shukri Yahaya akhirnya berjaya muncul juara keseluruhan buat julung kalinya.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Dalam kategori Rookie Class pula, pelumba simulator muda, Naquib Azlan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Menurut Ketua Sukan Permotoran TOYOTA GAZOO Racing Malaysia, Akio Takeyama, meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik global, acara ini telah berlangsung dengan jayanya.

Tambah beliau, pengenalan sulung perlumbaan malam turut menjadikan saingan Vios Challenge lebih sukar untuk diramal dan mengujakan para pelumba dan penonton. Beliau pada masa yang sama mengucapkan setinggi penghargaan buat para pelumba, pasukan, penaja, rakan niaga dan semua yang terlibat.

Aksi akhir pada malam tersebut turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Faizal Bin Datuk Azumu yang turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan para pelumba muda dalam Rookie Class dan selebriti dalam saingan Promotional Class, selain turut menyampaikan hadiah.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Sementara itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, sepanjang empat musim, acara ini telah berjaya menarik minat lebih lima juta penonton (di litar dan di rumah). Beliau berharap ia akan menyumbang kepada peningkatan kesedaran tempatan, minat dan terutama sekali penghargaan yang lebih tinggi untuk sukan permotoran di Malaysia.

Berikut adalah keputusan Pusingan Ketiga, Perlumbaan Kedua:

Super Sporting Class
1. Tengku Djan Ley Tengku Mahaleel – Prima Pearl Auto
2. Mitchell Cheah – 23 Motors
3. Freddie Ang – Telagamas Toyota

Sporting Class
1. Clement Yeo
2. Bradley Benedict Anthony – Dream Chaser
3. Kenneth Koh – Panglima City Racing Team

Rookie Class
1. Putera Adam
2. Naquib Azlan
3. Jwan Hii

Promotional Class
1. Khai Bahar
2. Shukri Yahaya
3. Zizan Razak

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply