ARKIB

KATEGORI

Buletin

8 pemenang kempen cabutan bertuah anjuran J&T Express bawa pulang Proton X70

Berita Tempatan

Views

Kempen cabutan bertuah #JT1111 Indahnya Bersama Anda anjuran J&T Express yang menawarkan hadiah lebih RM1.5 juta sebagai tanda terima kasih kepada pelanggannya telah melabuhkan tirainya.

Menurut Harian Metro, kempen yang berlangsung sepanjang November dan menjadi program terbesar anjuran syarikat penghantaran berkenaan, nyata menerima sambutan menggalakkan.

Seramai 72 pemenang diumumkan menerusi lapan cabutan yang dilakukan secara langsung di Facebook rasmi J&T Express – Malaysia.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Antara hadiah yang ditawarkan ialah lapan unit Proton X70, lapan unit motosikal Yamaha LC135, 40 unit telefon pintar Oppo, 500 unit bar emas, 80 unit fon telinga Realme dan 20 baucer servis kereta daripada Proton.

Pengurus Penjenamaan J&T Express (M) Sdn Bhd Emelia Yap berkata, pihaknya sangat gembira dan terharu dengan sambutan yang cukup menggalakkan kerana ramai yang tidak sabar memenangi hadiah ditawarkan.

Tambahnya, sepanjang kempen ini terdapat peningkatan pelanggan iaitu sebanyak 42 peratus. Selepas tiga tahun bertapak di Malaysia, syarikat penghantaran ekspres berdasarkan e-teknologi moden itu kini mempunyai 1,635 cawangan di seluruh negara.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Bagi pemenang kereta Proton X70 ke-tujuh Shafiq Mustaza Roslan, 25, berkata tidak pernah menyangka memiliki kereta bernilai lebih RM100,000 dengan percuma.

Menurutnya, dia sememangnya mempunyai hasrat menukar kereta lamanya, Proton Wira yang sudah uzur namun masih belum berkemampuan.

Sementara itu, Pengarah Oasis Live Mall, Datuk Jaden Teoh, 41, yang diumum pemenang kereta Proton X70 pada cabutan terakhir berkata kereta yang dimenangi itu akan di berikan kepada pengurusan tertinggi syarikatnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply