ARKIB

KATEGORI

Buletin

Acura siar foto acah terbaharu Integra 2023, tampil dengan rekaan liftback lima pintu

Berita Tempatan

Views

Acura mengesahkan model generasi baharu Integra akan menampilkan “rekaan liftback lima pintu” menerusi siri foto acah terbaharu di laman Facebook rasminya hari ini. Bulan lalu, Acura buat pertama kalinya menyiarkan foto acah Integra dengan memaparkan bentuk lampu depannya.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Dalam iklan acah terbaharu itu, Acura turut memaparkan imej Integra RS lima pintu 1986. Buat masa ini Acura masih “mengunci mulut” dari mendedahkan lebih perincian mengenai bentuk model dan hanya merujuknya sebagai “kereta kompak premium” yang dipaparkan menerusi demonstrasi dron.

Apa yang lebih membuatkan para peminatnya teruja ialah Acura telah memfailkan tanda dagang untuk nama “Integra Type S” yang seolah-olah memberi bayangan awal yang ia adalah model edisi terhad, seperti varian berprestasi tinggi TLX Type S.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Acura Integra mula diperkenalkan pada 1986 dan ia dibangunkan dari model Honda Civic. Persoalan yang mula timbul di kalangan para peminatnya kini adakah Acura akan membawa kembali versi berprestasi tinggi, Integra Type R.

Namun, agak malang kita terpaksa menunggu sehingga tahun depan untuk mengetahui apakah perancangan Acura mengenai Integra generasi baharu ini. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply