ARKIB

KATEGORI

Spyshots

Adakah ini rupa sebenar Lamborghini Countach LPi 800-4?

Foto Tiris

Views

Selang sehari selepas kami menyiarkan foto-foto acah kedua Lamborghini Countach generasi baharu, satu kompilasi foto yang dikatakan imej sebenar model tersebut tertiris telah dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama Oli@AutoBant.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Jika diperhatikan dari foto bocor ini, Countach yang dilahirkan semula ini jelas menggunakan asas model Sian dengan kebanyakan unsur rekaan dipengaruhi oleh model klasiknya yang diolah semula untuk era moden. Reka bentuk Countach generasi baharu sememangnya jauh lebih aerodinamik berbanding model terdahulu.

Tatkala Lamborghini masih berahsia mengenai model ini, namun masih ada beberapa maklumat mula disiarkan menerusi Unica App. Antaranya adalah model ini akan dikenali sebagai Countach LP 800-4 dan berkemungkinan ia akan dilengkapi pacuan semua roda dan output sebanyak 789 kuasa kuda (588 kW / 800 PS).

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Besar kemungkinan model ini akan menggunakan asas Sian FKP 37 dan menampilkan enjin 6.5-liter V12 bersama sistem hibrid-ringan. Maklumat ini mungkin berasas kerana Sian mampu menjana 808 kuasa kuda (602 kW / 819 PS).

Difahamkan Countach LPi 800-4 akan membuat kemunculan sulungnya di Monterey Car Week dan pengeluarannya dilaporkan hanya terhad kepada 112 unit dengan tanda harga yang dijangka bermula dari $3.5 juta (RM14,824,250) seunit.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AutoBant

Foto acah Countach LPi 800-4

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply