ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lamborghini siar beberapa lagi foto acah Countach

Berita Global

Views

Sekali lagi Lamborghini mengusik jiwa warganet dengan menyiarkan foto-foto acah kedua generasi baharu model ikonik, Countach. Jika sebelum ini mereka hanya menunjukkan foto Countach yang masih lagi dilitupi kanvas, foto-foto acah terbaharu ini pula memaparkan beberapa perincian pada bahagian badan model tersebut di laman laman Instagram rasminya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Antara yang dipaparkan adalah bahagian muncung depan model tersebut yang siap dengan emblem Countach berlatarbelakangkan kemasan hitam berongga yang berkilat. Elemen rekaan ini telah mengimbau kembali nostalgia lama, model prototaip sulung Countach LP500 yang telah dipertontonkan semasa Geneva Motor Show pada tahun 1971.

Turut diperlihatkan adalah rongga kemasukan udara di bahagian sisi belakang yang berada berhampiran penutup corong bahan api dengan kemasan hitam berkilat yang turut ditampal dengan logo Lamborghini. Selain itu, bahgian penutup enjin gabungan kemasan hitam dan lutsinar yang turut ditampal dengan emblem V12.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Generasi baharu Countach yang dilahirkan semula ini akan dijana oleh enjin V12 bersama sistem hibrid elektrik yang mampu menghasilkan output sebanyak 800 PS. Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada model ini adalah model serba baharu atau ia hanyalah sekadar model edisi terhad sahaja.

Besar kemungkinan ia bakal membuat kemunculan di Pebble Beach Concours d’Elegance yang dijadualkan berlangsung pada bulan ini. Sekiranya jangkaan kami meleset, kita sama-sama berharap agar Lamborghini tidak menunggu terlalu lama untuk memperkenalkan model ini. Nantikan!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply