ARKIB

KATEGORI

Buletin

Adakah Malaysia Memerlukan Undang-undang “Recall”?

Views

Masalah kegagalan komponen dan “recall” dari pembuat kereta ialah antara isu yang paling besar dalm industri automotif. Ada syarikat yang terus terang membuat recall, tetapi ada juga yang enggan berbuat demikian dan hanya sekadar mengeluarkan nasihat penyelenggaraan dimana mereka menjemput pengguna untuk menghantar kenderaan ke pusat servis dan memeriksa kenderaan tersebut sambil menukar komponen yang mengalami kegagalan.

Ada negara yang mempunyai prosedur “recall” yang agak ketat, contohnya di Amerika Syarikat, semua pembuat kereta diberi tempoh lima hari untuk membuat laporan kepada National Highway and Transportation Safety Administration  (NHTSA) sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang kegagalan komponen atau kerosakan akibat pemasangan atau kejuruteraan.

Syarat tersebut telah dikemaskinikan dan memaksa syarikat untuk memfailkan notis walaupun jika mereka tidak tahu punca kegagalan tersebut. Walaubagaimanapun syarat ini ialah untuk “recall” yang melibatkan kegagalan yang boleh membahayakan orang ramai dan tidak melibatkan komponen yang tidak melibatkan keselamatan, contohnya suis penghawa dingin yang rosak ataupun radio yang tak berfungsi sempurna.

Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan kes pecutan secara tidak sengaja (accidental acceleration) kenderaan Toyota di Amerika Syarikat dan ianya melibatkan kajian mendalam terhadap kotak hitam kereta yang dikatakan menyebabkan masalah tersebut. Kes yang mula mendapat perhatian media pada tahun 2009 itu telah meleret hingga ke 2014 sebelum mahkamah di Amerika menentukan bahawa syarikat Jepun tersebut perlu membayar denda USD1.2 billion kerana gagal memberikan maklumat awal kepada pengguna.

Pada mulanya Toyota menafikan ianya disebabkan oleh kotak hitam dan menuding jari kepada karpet lantai yang dikatakan menyebabkan pedal pendikit tersangkut dan menyebabkan pecutan tak sengaja dan membuat recall untuk memeriksa pelapik lantai kereta yang terlibat. Kemudian Toyota membuat  satu lagi “recall” untuk memeriksa pedal pendikit yang boleh melekat pada posisi tertentu dan menyebabkan pecutan tak sengaja.

Program “recall” paling mendapat liputan media terkini melibatkan beg udara yang dihasilkan oleh syarikat Takata yang melibatkan pelbagai jenama termasuk Honda dan Toyota. Kegagalan airbag Takata meragut nyawa seorang wanita di Sibu. Kes ini mula dilaporkan oleh Takata pada bulan April 2013 namun “recall” pertama, oleh Toyota, hanya berlaku pada bulan Jun tahun berikutnya. Takata mengatakan mereka tidak tahu kenderaan mana yang menggunakan komponen peledak beg udara yang gagal tersebut.

does-takata-tktdy-have-enough-funds-for-the-faulty-airbag-recalls

Ford merupakan syarikat terkini yang membuat “recall” akibat kegagalan komponen Takata ini apabila ia memanggil semula model pikap Ranger tahun 2004 hingga 2006 yang disyaki menggunakan komponen tersebut. Setakat ini, sejumlah 34 juta kenderaan terlibat dengan recall beg udara Takata ini. Di Malaysia Honda dan Toyota telah membuat “recall” ke atas hampir 200,000 kenderaan akibat kegagalan Takata.

Honda pula pernah menghadapi tindakan undang undang di Amerika Syarikat akibat kegagalan melakukan recall ke atas sistem kuasa hibrid mereka. Proton sendiri pernah membuat “recall” ke atas model Gen.2 dan Satria Neo apabila clockspring yang terdapat dalam pemasangan stering berkarat dan berkemungkinan boleh patah dan menyebabkan litar pintas. Mereka juga telah membuat “recall” ke atas model Inspira untuk memeriksa V-belt dan langkah ini menurut “recall” oleh Mitsubishi.

Jika dilihat dari prosedur NHTSA, kita dapati proses pemberian notis kepada agensi bertanggugnjawab perlu dibuat segera namun proses “recall” itu sendiri kadangkala mengambil masa lebih setahun kerana syarikat mengambil masa untuk mengenalpasti masalah dan penyelesaian yang sesuai.

Perkara ini kadangkala mendatangkan keresahan kepada pengguna kerana ianya melibatkan keselamatan. Dalam kes Takata, pembekal mempunyai masalah mengenalpasti kecacatan tersebut dan juga tidak mampu memberikan senarai komponen yang terlibat dengan terperinci untuk membolehkan “recall” dibuat. Antara sebab kecacatan yang diberikan termasuk, cara penyimpanan bahan mentah yang tidak betul, karat, kimpalan yang tidak elok, kelembapan udara, suhu sekeliling dan, jangan gelak, chewing gum yang terjatuh kedalam peledak.

Pada mulanya Takata mengesyaki masalah tersebut melibatkan komponen yang dihasilkan antara 2002 hingga 2008 namun kemudian ianya dikatakan merangkumi komponen yang dihasilkan sehingga 2014. Dalam kes Takata ini, jelas amalan pengilangan yang baik (good manufacturing practice) tidak diikuti dari sudut penghasilan rekod terperinci bagi setiap proses dan ini telah menyukarkan perlaksanaan proses recall. Kerana jumlah kereta yang terlibat mencecah jutaan unit, syarikat kereta yang terlibat adakalanya terpaksa mematikan sistem airbag yang terbabit dan meletakkan tanda amaran sementara menunggu bekalan tiba.

Walaupun proses “recall” mungkin memakan masa berbulan-bulan atau lebih setahun, namun pengguna di Amerika mempunyai saluran untuk melaporkan kerosakan ataupun sekiranya mereka mengsyaki ada kecacatan pada kenderaan mereka yang mungkin merbahaya. Setakat ini Malaysia masih belum ada undang undang atau prosedur recall yang membolehkan aduan dibuat sekiranya ada kecacatan komponen yang boleh mengakibatkan bahaya.

Mungkin sudah tiba masanya kita adakan undang undang ataupun prosedur untuk melaporkan isu keselamatan pada kenderaan, termasuk motosikal dan kenderaan komersil serta kenderaan berat.

Artikel oleh : Shamsul Yunos

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments


    • mentaliti mcm ni lagi teruk.. lantak diorang lah Honda Toyota.. nak meletup ke tercabut tayar..owner masing2 lawan bisinglah. Bila entry pasal Proton kita cerita pasal masalah Proton lah sebab owner Proton yang cerita.

      Apa benda mudah mcm tu pun tak boleh bezakan.. Pembeli apa jenama pun jika defective mesti bisinglah, xde nak jadi bodoh diam sebab nak membela jenama tu? weird, mental disorder kot?

      Anyway Proton punye problem teruk pasal CFE burst hose tu isu serious.. takkan nak cakap itu remeh kalau boleh berasap jahanam enjin..?


      • kena jaga hak pengguna, barulah mereka akan setia dengan jenama dan akan mengesyorkan jenama tersebut kepada orang lain.. jika hak mereka terabai dan mereka terasa dianiayai, mereka ada sebab dan alasan kukuh untuk mengambil tindakan dan membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan reputasi jenama tersebut


  • kenapa orang marah sangat pasal isu cooler hose? sebab cara proton mengendalikan masalah ini dengan cara yang tidak profesional. dulu isu connector fan melting. owner terpaksa bgtau kat sc suruh check. kalau tak haram dorang nak check…ada defect janganlah didiamkan sahaja.

    tak kira jenama kereta, setiap pelanggan ada hak mereka. bukan cara diam2 kemudian cuba lari dari masalah.akhirnya pengguna yang tanggung kerugiannya.


  • Penyokong Proton yang masuk sini kena belajar jadi matang sikit. Jangan sedap-sedap nak perlecehkan keluhan pengguna Proton yang mengadu tentang masalah yang mereka hadapi.


  • okey isu oil hose ni semakin heboh nampaknya.. so ini TANGGUNGJAWAB PROTON.. proton perlu buat ‘recall’ secepat mungkin..

    even sy support Proton, tp bila isu mcm ni x sepatutnya Proton mengabaikan masalah ni..Proton perlu ambil langkah pantas, tukar vendor dan buat ‘recall’.. Alasan mengatakan oil hose ni x sesuai untuk iklim Malaysia adalah tidak munasabah…

    sepatutnya masa test CFE engine ni, Proton perlu pastikan semua aspek berjalan lancar.. jgn terlalu ‘rushing’ nk keluarkan.. Proton sepatutnya tahu lebih awal dan perlu bijak memilih ‘material’ apa yg sesuai utk iklim Malaysia dan bukan main letak saja.. Please, jgn ulangi kesilapan yg berlaku pada Savvy dulu.. Alasan, ada sistem dlm AMT tu x sesuai dengan iklim Malaysia.. so kalau da tau, kenapa guna??..

    please Proton, buat recall sebelum repotasi menjadi buruk.. syg bila Exora dan Preve yg ada potensi besar mengalami masalah sebegitu rupa.. jaga customer dengan baik.. biar rugi sikit buat recall dari rugi tiada pembeli.. hmm

    diharapkan yg memiliki masalah ni byk2 bersabar..

Leave a Reply