ARKIB

KATEGORI

Info

Isu Oil Cooler Hose (OCH) enjin CFE Proton

Views

Nampaknya isu ini semakin panas di ruangan siber dan media sosial khasnya. Difahamkan hos penyejuk minyak (oil cooler hose) ini boleh retak dan bocor sebelum tempoh gantian dan ini boleh menyebabkan kerosakan pada enjin. Ada group pemilik CFE seperti https://www.facebook.com/groups/CFEnCVT/ yang sudah cuba membuat modifikasi sendiri, seperti dalam gambar di atas dimana mereka menggunakan braided hose untuk mengelak kebocoran luar jangkaan di masa depan.

Proton sudahpun tahu akan masalah ini dan sedar bahawa hos tersebut mengalami keretakan awal dan mungkin ini disebabkan oleh suhu operasi yang agak tinggi di iklim tropika Malaysia. Pembekal hos tersebut turut membekalkan komponen yang sama kepada jenama Jepun yang besar dan difahamkan mereka juga mengalami masalah yang serupa pada model mewah mereka di Malaysia.

Kami difahamkan pihak Proton telahpun mengarahkan semua pusat servis untuk memeriksa hos tersebut apabila kereta berenjin CFE masuk. Mereka akan menggantikan hos yang rosak dan rejim penyelenggaraan sementara yang dicadangkan ialah mengganti hos tersebut setiap 40,000 kilometer sehingga hos spesifikasi baru dapat dihasilkan oleh pembekal.

Dalam masa yang sama kami di funtasticko.net mengalakkan mereka yang memiliki model berenjin CFE untuk pergi ke pusat servis Proton bagi tujuan pemeriksaan dan penukaran komponen sekiranya perlu, terutamanya jika kenderaan anda sudah menghampiri atau melepasi pemanduan 40,000 km. Kami akan laporkan sebarang perkembangan terbaru tentang isu ini secepat mungkin.

Gambar dari group CFE & CVT Technical https://www.facebook.com/groups/CFEnCVT/

Artikel oleh : Shamsul Yunos

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

36 Comments


  • Setakat ni 60K km ok lagi, harap proton boleh buat recall dan tuka dengan hose yang lebih baik. Biasa la enjin turbo lebih panas dr enjin NA.

    Ada info tak mana boleh buat braided hose macam tu.?


  • kalau perkara ini tak diselesaikan, proton patut masukkan perkara ni dalam buletin dan buku service sebagai periodic inspection atau preventive maintenance mcm ganti minyak cvt…


  • Saya di fahamkan oleh SC Proton Edar di Utara, vendor dan spesifikasi asal yang mengeluarkan hose ini untuk batch pertama CFE tidak alami masalah. Hose spesifikasi asal dikatakan lebih mahal dan berkos tinggi menyebabkan PROTON review semula dan downgrade.

    Saya tak pasti cerita ini betul atau tidak tetapi SC tersebut menjelaskan banyak masalah enjin boleh berlaku termasuk kerosakan enjin dan CFE turbo unit disebabkan over heating kerana return oil tak boleh flow semula kerana bocor. Kebocoran disebabkan high pressure + excessive heats yang hose tersebut akan crack atau pecah.

    SC tu berkata Proton sengaja tidak buat full recall walaupun tahu ini masalah besar. Satu yang mengecewakan dan menyusahkan pemilik CFE -Exora.


  • Jika di baca di thread Exora Bold Owner lagilah menakutkan dan mengecewakan.

    Proton boleh buat ‘bodoh’ bermain judi nasib dengan pemilik PREVE, Exora Bold dan SUPRIMA berkaitan return oil hose ini. Paling menakutkan host ini akan ‘burst’ atau meletup tanpa kita sedar semasa tengah memandu kelajuan tinggi mungkin, akhirnya minyak penyejuk ini tidak return ke enjin, blok enjin alami ‘pengembangan’ komponen..akhirnya jahanam.

    Kos ribuan ringgit yang tiada jaminan enjin akan kembali cantik smooth seperti asal kecuali full-overhaul.

    Perkara ini sudha bertahun2 dan PROTON tetap ambil ‘bodoh’ supaya memperbodohkan pembeli. Bayangkan sengsaranya kes ini. Melibatkan bahagian utama-enjin. bukan N/A tapi turbo.

    UCM : vendor part ini juga patut dikenakan tindakan kerana mengeluarkan part yang rendah kualiti.

    Diharap pemilik CFE bagi ketiga2 model ini segera memberikan tekanan kepada PROTN supaya membuat FULL RECALL tanpa kecuali atau tunggu bocor atau burst atau setiap 40K mileage.

    Kos gantian benda alah ini jika kita buat sekitar RM700+ setiap 40K kena ganti? Sedangkan itu bukan parts wear an tear!


  • Modifikasi hose seperti di atas akan menyebabkan PROTON ‘ambil kesempatan menyeronokkan’ iaitu VOID YOUR WARRANTY..!!! lagilah sengsara!

    senang je PROTON main2kan pembeli. Sorry to say. Ini kes berat tapi lihatlah 2 tahun pun tak selesai. Saya sendiri lihat di Proton Edar sebuah PREVE under warranty tersadai akibat blok enjin jahanam selepas hose tersebut pecah, pemandu taktahu apa2..takde indicator, symptom etc.


  • terima kasih proton kerana menyediakan model2 yang ‘unggul’ seperti ini…jadi kepada siapa yg dah terkena sempena hari jumaat yg mulia ini marilah kita berdoa agar staf2 proton yg bertanggungjawab akan diberi balasan setimpal..sesungguhnya orang yang teraniaya doa mereka makbul…


    • Tanpa perlu doa ‘formal’ pun sudah pasti Allah SWT akan berikan balasan pada keangkuhan mereka dalam PROTON. Mereka2 ini takut rugi, maka menipu pelanggan dikatakan dapat menguntungkan mereka? TIDAK.. mereka lupa bahawa ALLAH SWT akan menarik keberkatan dan malah akan menggagalkan segala perancangan lain.. doa orang terainaya ini AMAT MUSTAJAB!

      Jangan hairan kenapa PROTON buat model apa pun sales tak mencanak seperti yang digemburkan.. lebih sudu dari kuah oleh pengomen2 tegar Proton.

      Saya sendiri dah terkena semasa ABS Sensor rosak. Tak tahu apa punca.. memandu dalam keadaan yang serba salah dan tidak yakin. Kereta baru 1 tahun 11 bulan,mileage dibawah 11k. Kes nipple radiator yg breakable itu jg menyebabkan saya tak berani memandu jauh2 selagi tidak diganti. Sekarang ini pula kes return oil hose yg sgt2 bahaya dan menakutkan..

      apakah ini main2 bg Engineering dan Marketing Proton?

      Bayangkan pembeli yang tak tahu apa2.. hanya sedar2 enjin berasap di tengah highway, pull over di tepi jalan.. dengan meninyak enjing bersemburan di bawah engine bay.. membasai tar highway boleh membahayakan pemadu lain.. etc.

      kena tunggu towing lorry, masuk SC lepas tu yg ada sakit jantung boleh collapse setelah ‘keputusan’ mekanik memberitahu.. tahniah enjin CFE anda ‘telah selamat’ untuk dikebumikan!


      • paham le bang…kete aku pun byk masalah dr Juru hingga ke COE…rupenye awal2 kene tipu rupenye kete aku kete showroom..ciss…tu pun member aku P1 salesman yg jujur bagitau…siap ada bekas kene rokok lg kat atas….tepon balik dealer – dah berenti…..skang ni kete byk bunyi aku buat dek je….malas dah nak layan repair2…dah byk duit habis repair…nak tulis jenis masalah cukupla satu muka surat buku sekolah rendah….


        • Mmm… wakil proton? Come on… u know me:p isu OCH patutnya ditangani dgn baik oleh pihak proton. Masalah yg sama juga kerap berlaku kat kereta2 luar yg mana part komponen tertentunya kadang2 x suite dgn iklim tropika negara kita. So, penting juga rnd diberi perhatian kat part kecil2 nie sbb bleh mendtngkn masalah besar jugek kn?

          Kita patut simpati gak kat pengguna yg punyai masalah sebegini n harus cari penyelesaian yg terbaik. Cuma yg x bestnya ada pihak yg menangguk di air keruh: membakar sentimen, merendah2 integriti n mnghasut sedangkan ia ‘sebiji dua pisang yg rosak drp setandan pisang yg masih ranum’:p

          Cheers!


          • Masuk perenggan dua terus kaitkan problem kereta luar kat climate malaysia?Come on man…..


          • Mmm… come on, mmg happen kat mana2 kereta2 company lain pun bila ada komponen2 lain yg tak suite dgn climate negara tertentu seperti kes brake disk yg meleding dll. Tolong luaskan info cengini yek… Bagi kes prootn isunya OCH nie, dlm blog careta pun ada mention benda nie… Napa? saja nk fokus salah kat prootn jer yek? Come on…

            Cheers!


          • Sakit hati bila kita cakap masalah kita berkaitan Proton ada org cuba divert pasal keta luar. Lantaklah keta luar punya problem kita bincang pasal masalah serious OCH ni boleh jahanamkan kereta.. MAJOR damage lu tau tak paham Fauzan!!

            Aku tk beli keta luar..aku beli keta Proton..so tak payah nak cakap pasal keta luar ok.!
            Proton masa jual keta kat aku..masa AKAD jual beli takde declare pun dalam perjanjian perlu servis OCH ni setiap 40K atau kereta aku akan meletup paip tu??!!

            Kau tak tak betapa mahalnya kos repair dan menderita bila OCH tu meletup! Habis seluruh blok enjin kau tak tak!! Enjing Proton bukannya lasak.. silap sikit kat mana2 parts bunyi dah macam lori tanah!! Performance drop!!

            Lainlah lasak macam enjin MAGMA Mitsubishi dlu .. minyak hitam kering pun enjin boleh run lagi!


          • Mmm… bro Muazzaman, xdenya nk divert isu nie. Kan sy cakap kes isu proton pasal OCH. Pihak proton pun tgh cari penyelesaiannya. Sekadar bagitau company kereta lain pun ada masalah lain bila melibatkan faktor climate pun sakit hati ek? Berat nie, dh mcm kes sakit jiwa plak!!! Sorry, gurau:P

            Relaks bro, sy faham luahan kemarahan bro. Bro bising2 kat saya pun xde gunanya. Cari saluran yg sepatutnya, mencari penyelesaian masalah bro. Kalau ada saluran terus ke pihak proton adalah lebih bagus. Dptkan respond depa. Kalau rasa x puas ati lagi, buat aduan ke tribunal tuntutan pengguna seperti cadangan bro Ron:). Sy xpasti syarat2 tuntutannya. X begitu arif ttg perundangannya. Kalau berani lagi keluarkan writ saman ker apa ker… kalau x kuasa dgn kerenah sumer nie, teruskanlah berkongsi kemarahan dgn geng2 senasib dlm blog2 cengini, org lain yg x terlibat pun menjadi bahan kemarahan… ini yg selalu sgt org kita lakukan:P Sorry.

            Cheers!


          • Produk dari nagara cuaca panas. Target market adalah yang bercuaca panas. Pekerja R&D juga dari negara bercuaca panas. Salahkan cuaca panas bila produk fail? Bandingkan pulak ngan produk dari negara sejuk…ish ish ish


          • Mmm… bukan banding membanding la bro… even bukan salahkan cuaca. Cuma jika itu antara faktornya, perlu la fokus isu tu utk cari penyelesaian, x gitu? Bukannya nk cari salah je n menyalahkan. Sekadar nk cari point meluah kemarahan… bro bukan begitu kn?:p

            Cheers!


          • Dalam hal OCH ni kau sendiri pun xmampu jawab kan Fauzan?kau mintak owner kereta bermasalah terus berurusan dengan proton daripada bising2 kat sini.itu dah tentulah bro…xkn nk minta claim dengan Modenas plak…konklusinya kat sini ada sebahagian teknologi dlm proton yg belum matang.admit it.kelam kabut sgt nk beat perodua buat apa.Pastu kata org menghasut…mcm bebudak kau ni.fanboy plak aku tengok kemaruk nak kereta yg laju2 aje,tak caya kau baca la komen kat mana2 artikel pasal kereta proton.Umpama bila dah achieve high speed stability tu macam rocket science.Tapi part2 kritikal tak jaga.Aku xpaham pasal apa engineer tempatan boleh approve hos getah braided untuk tampung minyak panas bertekanan tinggi.Tau dah jawapan kau,bagi barang kualiti tinggi kang komplen mahal plak.
            Aku slalu baca org kutuk2 enjin 1nzfe sebab old tech.Memang old tech tp proven reliability.nak jalan dlm town pun jimat nk besit smpai 200kmj pun boleh.Kejar kualiti dulu,success datang kemudian.Paham tak ni fauzan?


          • Mmm… sebab tu malas nk jawab soklan2 bro carter sebab soalannya retorik, dah letak konklusi walau apa jua penerangan yg diberi. Ko kena lihat sy sebagai komuniti komentar kat sini, sama seperti org lain bukan pihak prootn yg kena solve problem u n the geng. Kena waras sikit la ye kalau nk bising2 pun.

            Proton nk beat perodua pun ko nk worried?. Biar la… kalau diorg bleh dpt target tu, why not? Even kalau Perodua dpt sustain jualan diorg pun.. ikut strategi jualan masing2 la. Kan diorg ber business?. Target jualan prootn 2016 pun dlm 150k je berbanding target jualan perodua 290k…

            hehe.. sy rasa ko yg mcm bebudak2 kat sini.. merengek2 minta eskem tak dpt… Org bagi pandangan, info n idea penyelesaian… disuruhnya kita plak solvekn masalah tu…akai ada ka:P Sorry:P Kalau proton tu sy punya… bleh la kot:)

            P/s : Pagi2 breakfast roti canai cicah kuah pedas sket x pe kan bro?:P

            Cheers!


      • Makin berpusing2 statement kau ni fauzan…xpelah.kita jumpa kat next article sbb aku xnmpk apa solusi dan idea yg kau dah bagi.aku faham buka job kau utk solve mslh pengguna,tp aku nk tgk idea kau untuk proton settlekan masalah ni.pergi bab teknikal skit.aku x risau langsung siapa nk beat siapa,tp nk bersaing biarlah dengan asas yg kukuh.ibarat nk pegi perang tp strategi xde,x study kekuatan musuh.Main redah je.Dah2,lap air mata tu.Jom pegi komen kat artikel enjin baru plak.


        • Mmm… berpusing2 ye? Bro kalau dh pening sgt gie telan penadol:p hehe…

          Sebenarnya pihak pesaing ada strategi. Even proton pun ada cuma strategi mana yg lebih praktikal. So kenalah cepat buat pengubahsuaian strategi jika ingin terus relevan dlm persaingan. X gitu?:)

          Dgn adanya enjin baharu, proton maju setapak lagi dlm bidang binaan enjin. Part2 teknikal enjin sy x begitu arif. Cuma mampu cakap all the best!!!

          Cheers!


      • Better proton upgrading kompenen enjin part exora bold yg mudah failure sebelum waktunya drpd hasilkan mengaburi mata-mata pembeli dengan model-model baru.


  • Seperti yg saya katakan sebelum ini, yang amat mendukacitakan saya adalah bagaimana cara proton mengendalikan masalah ini. Sebagai pengguna proton preve, masalah OCH bukan masalah pertama yang dihadapi oleh pemilik.

    Sebelum ini, fan connector yang melting juga telah menghantui pemilik proton preve. Ada di kalangan pemilik preve yang tidak sedar tentang masalah ini. Apabila SC melakukan servis berkala, mereka langsung tidak menyatakan apa-apa kepada pemilik. Kalau saya bersangka baik, mungkin SC telah melakukan pembaikan terhadap masalah-masalah kritikal berkenaan.

    Namun seperti sedia maklum, standard setiap SC sama ada dealer atau branch proton bukanlah sama. Seolah-olah tiada komunikasi dua-hala yang wujud antara SC proton dan pemilik. Ada pemilik yang mengambil inisiatif sendiri untuk meminta SC memeriksa fan connector berkenaan. Malah, ada pemilik yang menghadapi masalah, barulah diketahui puncanya.

    Berkaitan dengan masalah OCH ini, proton juga “mendiamkan diri” dan cuba tidak bersifat professional. Memandangkan proton masih tercari-cari punca dan kaedah penyelesaiannya, mereka sepatutnya menggantikan part ini secara percuma kepada semua pemilik cfe. Adalah tidak adil, pembeli menjadi mangsa ketidakcekapan proton dan seterusnya pengguna yang menanggung kerugian untuk menggantikan part yang sememangnya diketahui mempunyai masalah sejak awal, setelah tempoh jaminan telah tamat.


  • can i have you change it since my car is nearly 80k,

    – we check it first, only if any trace of leakage then we change it

    what if i drive my car up to alor star and it happened.

    – we check it first, only if any trace of leakage then we change it
    – the parts are roughly rm700.
    – we check it first, only if any trace of leakage then we change it


  • andddd can proton make your hydraulic power steering a bit lighter. we dont want to work hard when driving proton, should be in santai mode,,,,,


  • Hmm. Tk semua.

    Ingat nk tukar kereta. Jenama proton yg ada Kat rumah skrg persona & neo. Persona mcm2 masalah overheating la tu la ni la.. Neo engine compartment ok cuma bunyi gegar situ sini dlm kokpit & air hujan masuk yg serabut. Keta2 lain Kat rumah ni suzuki, Honda & alfa pun ada juga masalah tp tak sebabkan fedup mcm proton ni.

    Bila baca pasal development engine2 baru tu mcm teruja juga. Lokal made kn. But then bila baca thread ni.. Hmmm masih sama rupanya.

    Asalnya nk tunggu next GDI proton, rasanya better proceed terus je ngn keta lain.

    Sy tak anti proton, cuma sy serik jd bahan eksperimen proton, in fact sy bangga dpt guna produk lokal made. Ni kritikan membina, kalau nk kondem betul2 baik sy komen di paultan jr, lagi meriah.

    Patutnya benda2 masalah ni diselesaikan di peringkat R&D lagi oleh Proton. Duit R&D free2 je dpt drp gov takkan masih tak mampu buat research penuh. Syarikat lain keluar duit sendiri utk R&D ni semua.

    Dr segi pengguna/pembeli, proton kena tackle 3 jenis penguna.
    1 pengguna mcm sy ni yg mmg dah guna proton tp alami banyak masalah sampai mcm serik dah rasa.
    2 bakal pengguna yg withhold nk beli produk proton sbb mereka terkesan dgn cerita2 dr org mcm sy (1) walaupun mereka sendiri tak pernah gunakan proton. (ckp psl tak pernah guna ni.. Tun DM saran guna kereta tempatan, beliau sendiri bawa Porsche hari2),
    3 pengguna yg takda niat nk beli & tak pernah guna proton tapi kondem proton kaw2 hari2 sbb isu2 lama dan isu baru yg wujud @ dlm kata lain isu kualiti yg tak habis2. Tapi wujud juga elemen kepartian, rasis dll dlm komen2 jenis ni. Cuma proton tak boleh ignore terus sbb tiada angin pokok tak bergoyang.
    Jenis ke 4 yg sy rasa InsyaAllah proton bakal hilang jika tak buat sesuatu, ialah pengguna yg tiada pilihan. Mereka nk beli kereta buatan luar tak mampu dr segi kewangan. Nk beli kereta made in cina mostly lagi teruk kualiti dr proton, nk beli perodua tak kena dr segi keperluan pula spt sedan dll tiada. SO mereka terpaksa la beli proton. Skrg perodua dah nk buat sedan.. So proton better watch out. Dulu no (4) ni hanya ada 1 pilihan. Skrg 2 pilihan.. Dr segi sentimen pengguna, kualiti pembinaan (bkn kualiti enjin @ pemanduan), perodua lebih trusted.

    Ingat kn proton dh berbeza. Rupanya hanya teknologi & cita mereka je yg menuju ke arah 1st world country. Mentaliti kerja & komitmen pd pengguna masih 3rd world.. In fact 4 5 6 world kot, sbb menyembunyikan masalah yg boleh berlaku melibatkan nyawa manusia lebih bahaya drp masalah open2 nampak cam sy alami overheating, kereta banjir, bunyi tu ni semua tu.

    Biarlah org lain pula jd bahan ujikaji. Kalau dlm certain spam of time produk proton proven ok dr segi quality, after sale & komitmen syarikat pd keselamatan penguna. InsyaAllah proton akan jd milik sy lg.


  • Exora aku baru jer burst. Enjin dah jahanam. Tp masih dalam tempoh jaminan. Baru pakai 2 thn 2 bulan. Harap proton tak bagi pelbagai alasan utk baiki. Kalau SC Bukit Tinggi cekap perkara ini tak berlaku. Aku dah mohon 2 bulan setengah utk tukar. Malangnya sabtu lepas 2 julai 2016 akhirnya meletop jua OCH. Dan sepatutnya tukar OCH pada 11 julai 2016 setelah 2 bulan setting dgn SC.


  • Exora kawe dh pakai 3 tahun…dh abih waranti och takde masalah…1 bulan lps abih waranty dpt tuka och baru. Hati rasa gembira sesangat dah x payah fikir och bole burst bila -bila masa. Rupanya 3 bln lps pakai och baru tiba-tiba burst tgh jln…itupun driver sebelah bg sign something berasap bwh keta….klu tidak jammed tgh jln….
    Terpaksa towing ke sc Kuantan…….alhamdulillah enjin x kering minyak…tp hati dh cuak nk bawak jln jauh..
    Dah tukar och br pun tetap burst….
    Dlm tempoh 3 bln pakai och baru keta just round bdr kuantan jer tu…..aduhai…dh ler exora bgrk seminggu 3-4 kali jer.
    Beringat sblm jammed….skrg tpaksa intai selalu bwh enjin kut-kut ada sign minyak meleleh….inilah nasib wlu bli keta baru berjenama proton


    • Hanya enjin turbo proton je….masalah och berleluasa…sparepart original proton…lagi cikai….baik beli sparepart brand lain…aku tukar och original brand proton…x smpai 2 bulan…pecah lagi… Minyak kering…baru tukar minyak itam…lepas 2 minggu, kering…good job proton…my last car with u…


  • Pelik kereta proton jer yg ada och untuk enjin turbo lite. Kalau kereta jenama lain takde pulak och pada enjin turbo diorang. Mengada-ngada la proton ni

Leave a Reply