ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Advanced Safety Assist (A.S.A) – Perodua buktikan teknologi keselamatan canggih bukan lagi mainan kereta mewah

Views
The All-New Perodua Myvi 2017 (Sneak Peek)

Dalam banyak-banyak ciri menarik Perodua Myvi 2018, ciri Advanced Safety Assist (A.S.A) yang pertama kali diperkenalkan oleh Perodua dalam kereta keluarannya amat menarik perhatian kami. Ia juga merupakan kereta nasional pertama yang menggunapakai teknologi ini dan apa yang membuatkannya lebih menarik, ia boleh didapati pada harga mampu milik iaitu RM55,300 (untuk varian Myvi Advance).

Perodua berjaya membuktikan teknologi keselamatan canggih seperti ini bukan lagi alat permainan kereta mewah. Kereta paling murah setakat ini yang mempunya ciri yang hampir sama adalah Hyundai Ioniq yang berharga RM114,000! Advance Safety Assist (A.S.A) merangkumi beberapa ciri seperti Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB), Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).

Sistem ini berfungsi menerusi sebuah kamera stereo kecil yang diletakkan pada bahagian cermin pandang belakang. Walaupun ia tidak secanggih ciri yang terdapat pada teknologi Honda SENSING, namun ia sudah memadai sebagai pengenalan sebelum penambahan ciri-ciri lain dibuat pada masa hadapan.

Masih ingat lagi tak artikel kami tahun lalu mengenai foto risikan Daihatsu Move Custom telah berjaya dirakam semasa sedang mengisi minyak di stesen minyak Shell, Juru? Ramai yang menganggap Perodua bakal menggantikan Kenari pada ketika itu, tetapi tiada siapa yang menyedari model ini sebenarnya menguji ciri Smart Assist II yang ada pada model tersebut.

BACA >> Perodua bakal ganti Kenari tahun depan?

Ciri-ciri keselamatan yang ada pada Advance Safety Assist (A.S.A):

  • Pre-Collision Warning (PCW) – Sistem ini akan membunyikan amaran selama dua saat sebelum kenderaan yang anda pandu semakin mendekati kenderaan di hadapan dalam jarak yang tidak selamat. Ia berfungsi pada kelajuan antara 4 hingga 80 km/j – pengelakan kemalangan dengan perbezaan kelajuan kira-kira 4 hingga 30 km/j dan pengurangan kerosakan dengan perbezaan kelajuan kira-kira 30 hingga 80 km/j.
  • Pre-Collision Braking (PCB) – Ciri ini mempunyai fungsi yang sama seperti Brek Kecemasan Berautonomi (AEB). Ia membantu kenderaan anda membrek dalam dua peringkat.
  • Front Departure Alert (FDA) – Ia membunyikan amaran jika mendapati kenderaan di hadapan telah bergerak tetapi anda terleka dan kenderaan anda masih tidak berganjak.
  • Pedal Misoperation Control (PMC) – Ia berfungsi untuk mengesan sebarang halangan di laluan hadapan dalam lingkungan jarak empat meter dan sistem ini menghalang pemandu untuk menambah pecutan walaupun telah menekan pendikit minyak secara sengaja ataupun tidak.

Mungkin pada untuk model-model akan datang seperti SUV (D38L), Perodua boleh menambah lagi ciri yang ada pada Advance Safety Assist (A.S.A) dengan ciri-ciri seperti Bantuan Mengelak Perlanggaran Antara Kenderaan Dengan Pejalan Kaki, Amaran Keluar Lorong dan Panorama Monitor yang membantu menghilangkan titik buta disekeliling kenderaan, seperti yang telah diperkenalkan oleh Daihatsu pada model keluarannya yang mempunyai tekologi Smart Assist III.

Kami yakin pengenalan Myvi 2018 dengan pelbagai ciri unik seperti lampu hadapan LED dengan fungsi Auto-off dan Follow-me-home untuk semua varian, lampu belakang dengan Light Guide untuk semua varian, minima 4 beg udara dan Advance Safety Assist (A.S.A) bakal memeningkan kepala pengeluar lain untuk mengeluarkan model baharu mereka dengan ciri-ciri yang lebih baik pada harga yang lebih murah pada masa depan. Yang untungnya adalah pengguna kerana bakal mendapat kereta yang lebih canggih dengan harga yang mampu untuk dimiliki.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply