ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gaya Hidup : adidas Football lancar kit pasukan kebangsaan Rusia untuk Piala Dunia 2018

Views

Ini mungkin kali pertama kami membuat artikel yang luar dari bidang automotif dan kami harap ia bakal menjadi salah satu cabang penulisan kami pada masa akan datang. Menurut kaji selidik yang kami buat dari statistik laman web kami, boleh dikatakan lebih 90 peratus adalah pembaca laman web kami adalah dari kaum lelaki dan kami rasa ramai yang minat bola kan?

adidas Football telah memperkenalkan kit tuan rumah untuk pasukan kebangsaan Rusia yang bakal digunakan semasa kejohanan FIFA Piala Dunia 2018 Russia. Kit tuan ruah terbaharu ini merupakan interpretasi moden daripada jersi yang telah dipakai oleh Soviet Union semasa mereka memenangi Pingat Emas di Sukan Olimpik Seoul 1988. Artis Hip-Hop dan R’n’B, Timati tampil untuk memperkenalkan kit terbaru tersebut semasa konsertnya di stadium Olimpiysky.

Kit baharu ini juga meraikan kerjasama jangka panjang antara adidas dan pasukan kebangsaan Rusia . Kerjasama ini telah bermula sejak 1976, semasa adidas menjadi penaja teknikal kepada pasukan bolasepak USSR. Pada tahun 1980an rekaan jersi memperkenalkan cetakan pelbagai, namun warna ikonik merah dan putih masih dikekalkan.

Kit tuan rumah untuk pasukan kebangsaan Rusia terbaharu ini diinspirasikan dari rekaan baju klasik dan tradisi, yang mengandungi teknologi dan inovasi terkini dari adidas. Jersi merah menampilkan garis putih padat yang terus bersambung dari belakang ke seluruh lengan dan ke dada. Di bahagian kolar belakang jersi menampilkan bendera negara Rusia, imej burung helang Rusia dan perkatan “Вместе К Победе” yang bermaksud “Victory-Bound as One” dalam Bahasa Inggeris.

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Rusia berkata hubungan rapat dengan zaman silam adalah bahagian yang peting dalam sukan bolasepak. Rekaan kit baharu yang kaya dengan tradisi Rusia ini bakal memberi insprasi kepada pemain untuk memberikan yang terbaik semasa beraksi di Piala Dunia dan memberikan sumbangan mereka kepada sejarah bolasepak Rusia. Jersi tuan rumah ini mula dijual di outlet jualan adidas dan laman sesawang www.adidas.com/football mulai 13 November ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply