ARKIB

KATEGORI

Buletin

AirAsia turun harga tiket KL ke Kuching daripada RM1,000 kepada bawah RM200 sehala

Berita Tempatan

Views

AirAsia menurunkan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching daripada kira-kira RM1,000 kepada kurang RM200 sehala, susulan penambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak.

Portal FreeMalaysiaToday melaporkan, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata, AirAsia sentiasa berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan beberapa kali menyerahkan permohonan untuk penambahan kekerapan penerbangan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak sejak awal tahun ini.

Katanya, ia termasuk permohonan terakhir yang dikemukakan minggu lalu meliputi tambahan penerbangan bagi musim cuti Krismas dan Tahun Baharu Cina.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

AirAsia telah menerima kelulusan rasmi daripada MOTS dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) hari ini untuk tambahan 42 penerbangan mingguan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak bagi tempoh terhad dari 11 Dis hingga 5 Jan 2022.

Ini secara langsung menurunkan harga tiket Kuala Lumpur-Kuching daripada sekitar RM1,000 sebelumnya kepada kurang RM200 sehala dan ianya sudah pun hampir habis terjual sebaik jualan dibuka.

Selaku syarikat penerbangan kos rendah, Riad berkata, jumlah kekerapan penerbangan yang dihadkan adalah faktor utama melonjakkan harga tiket kerana mereka memerlukan jumlah tempahan tinggi untuk membolehkan penumpang menikmati tambang rendah dan banyak penjimatan.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kelulusan terbaru itu dan merayu MOTS serta SDMC meluluskan permohonan penerbangan tambahan untuk Tahun Baru Cina serta menghapuskan sepenuhnya sekatan ke atas kekerapan penerbangan yang telah diluluskan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Katanya, model penetapan harga AirAsia berdasarkan permintaan dan penawaran dan ianya serupa dengan model yang diguna pakai syarikat penerbangan lain di seluruh dunia.

Pematuhan terhadap kekerapan penerbangan yang dihadkan SDMC menyebabkan pengurangan inventori tiket penerbangan yang ditawarkan dan seterusnya menyebabkan mekanisme penetapan harga dinamik kami menghasilkan harga tinggi apabila tiket pada harga rendah habis terjual.

Tambah Riad, kelulusan terbaru daripada MOTS, pihaknya hanya dibenar mengendalikan lima penerbangan harian bagi laluan popular ini dan ini merupakan pengurangan 67 peratus dalam kapasiti mereka disebabkan sekatan SDMC.

Katanya, AirAsia akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk untuk kesihatan, penerbangan awam dan badan penggalakan pelancongan bagi memastikan pematuhan tertinggi semua peraturan dan garis panduan bagi penerbangannya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply