ARKIB

KATEGORI

Buletin

Syarikat penerbangan diarah turunkan harga tambang domestik – Wee Ka Siong

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan mengarahkan syarikat penerbangan tempatan menurunkan harga tambang domestik berikutan maklum balas orang ramai mengenai harga tambang yang terlalu tinggi menjelang musim cuti penghujung tahun ini dan awal 2022.

Menurut Sinar Harian, Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ramai melahirkan rasa marah susulan tambang penerbangan ke Sarawak yang luar biasa tinggi.

Menurutnya, MOT telah memanggil syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo untuk bermesyuarat dengan menekankan keperluan untuk mengurangkan tambang penerbangan.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Ini bagi membolehkan lebih ramai penumpang dapat menikmati tambang penerbangan yang lebih rendah bagi tempoh akhir tahun ini.

Sejurus pertemuan ini, Malaysia Airlines telah berjanji untuk menambah penerbangan tambahan ke Sarawak pada Disember, sekali gus berupaya mengurangkan kadar tambang ke negeri tersebut.

Menurut beliau, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) juga bersedia meluluskan lebih banyak kekerapan penerbangan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Jelas beliau, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak dan Kementerian Pengangkutan Sarawak telah memutuskan untuk meningkatkan kekerapan penerbangan daripada 223 kepada 307 penerbangan seminggu ke Sarawak kepada Malaysia Airlines, Firefly, AirAsia, Malindo dan Scoot (Singapura) bermula 4 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022.

Pihaknya berharap kerajaan negeri akan segera mengembalikan jumlah kekerapan tersebut kepada 502, sama seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda negara.

Kerajaan mengingatkan semua pemain industri supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga tambang bagi menampung kerugian yang dialami sebelum ini.

Bleiau juga menggesa semua pihak mengambil tindakan segera menurunkan harga tambang penerbangan tanpa perlu campur tangan kerajaan Persekutuan dan agensinya secara berlebihan dalam pengoperasian tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >>

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply