ARKIB

KATEGORI

Buletin

Airlander 10 – Pesawat udara seakan ‘punggung terbang’ mula bawa penumpang menjelang 2025

Berita Global

Views

Sebuah kapal udara yang merupakan pesawat terbesar di dunia dijadualkan mula membawa penumpang pada tahun 2025, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Menurut K! ONLINE, pesawat Airlander 10 itu juga diberi julukan ‘punggung terbang‘ kerana bentuknya dikatakan menyerupai punggung manusia.

Sejak prototaip Airlander 10 sepanjang 97.5 meter terhempas pada 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat itu akan kembali beroperasi.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Namun, dalam kemas kini terbaharunya, syarikat pembuatan Hybrid Air Vehicles (HAV) memaklumkan bahawa pesawat Zeppelin moden itu sedang bersiap sedia untuk operasi penuh.

Syarikat tersebut menjangkakan mempunyai tiga buah pesawat itu yang sedia untuk terbang sebelum 2023 dan membawa penumpang Airlander menjelang 2025.

Penumpang akan menikmati pengalaman menaiki pesawat yang berbeza berbanding kapal terbang biasa.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Penumpang Airliner akan merasai pengalaman seperti berada di dalam sebuah restoran terbang. Kabinnya menawarkan pemandangan panorama pada bahagian bawah pesawat.

Airlander 10 tidak sesuai untuk mereka yang mengejar masa memandangkan ia hanya terbang pada kelajuan 128.7 kilometer sejam berbanding pesawat biasa yang terbang selaju 804 kilometer sejam.

Menurut penyelidikan HAV, kelajuan bukanlah ciri paling penting bagi bakal penumpang pesawat itu.

HAV berkata, salah satu perjalanan yang sedang dipertimbangkan adalah antara Liverpool ke Belfast yang jauh lebih pantas berbanding menaiki feri dan tidak begitu ketinggalan berbanding perjalanan menaiki penerbangan biasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply