ARKIB

KATEGORI

Buletin

7 suspek kegiatan proses dan edar dadah diberkas, kereta mewah antara yang disita

Berita Tempatan

Views

Gaya hidup mewah seorang penjual gas termasuk mampu menyewa sebuah pangsapuri di Bukit Tambun, di Nibong Tebal pada harga yang mencecah RM1,800 sebulan akhirnya membongkar kepada satu penemuan lain selepas pangsapuri itu diserbu polis, Jumaat lalu.

Utusan Online melaporkan, selain mengesan kewujudan sebuah makmal memproses dadah di situ yang dipercayai beroperasi sejak tiga bulan lalu, polis turut menangkap dua suspek yang dipercayai pekerja kepada dalang berusia 34 tahun itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, ketika ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 malam itu, kedua-dua suspek tersebut dipercayai sedang memasak atau memproses dadah berkenaan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, dalam serbuan sama, polis merampas sejumlah dadah jenis heroin dan serbuk kafein yang masing-masing dianggarkan seberat 13,580 gram (g) dan 6,950 g dipercayai bernilai RM184,335.

Beliau berkata, turut dirampas dalam serbuan di pangsapuri tersebut adalah sejumlah cecair kimia bersama peralatan memproses dadah.

Pada masa yang sama, katanya, tiga lagi serbuan susulan di sekitar Seberang Perai Selatan (SPS) dan secara keseluruhannya, polis memberkas lima lagi suspek termasuk dalang sindiket berkenaan.

Jelas beliau, pihaknya mendapati, dadah yang dirampas ini adalah untuk pasaran di utara Semenanjung. Jika terlepas ke pasaran, ia boleh digunakan oleh seramai 67,900 penagih dadah.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Menurut Mustafa Kamal, ujian saringan air kencing terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 51 tahun itu mendapati, kesemua mereka positif dadah selain mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Katanya, kesemua suspek direman tujuh hari bermula Sabtu lalu dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau dipenjara seumur hidup selain dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Selain itu, tindakan diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 apabila polis turut menyita enam buah kereta, empat barang kemas serta wang dalam akaun yang merupakan aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM266,031.38.

Antara kereta yang disita jenis Mercedes-Benz, BMW, Nissan Sentra serta Perodua Myvi manakala barang kemas itu pula terdiri daripada dua utas rantai, sebentuk cincin serta sepasang anting-anting dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah ialah sebanyak RM450,366.38.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply