ARKIB

KATEGORI

Tular

Dua lelaki bawa ikan paus naik motosikal untuk dimakan

Tular

Views

Dua lelaki di wilayah Nusa Tenggara Barat yang tular kerana membawa seekor paus menggunakan motosikal mengaku bahawa mereka menyangka haiwan itu ikan lumba-lumba dan membawanya pulang untuk dimakan, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

K! ONLINE melaporkan, mereka memberitahu tidak mengetahui bahawa ikan itu sebenarnya paus daripada spesies Peponocephala electra yang dilindungi undang-undang Indonesia.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Menurut Pengelola Ekosistem Laut dan Pesisir BPSPL Denpasar, Wilayah Kerja Nusa Tenggara Barat, Barmawi, pihaknya bekerjasama dengan Pangkalan Pemantauan Sumber Laut dan Perikanan (PSDKP) Benoa, Bali, selaku badan yang bertanggungjawab ke atas insiden tersebut.

Ujar Barmawi, pihaknya sudah melaporkan kepada PSDKP Benoa tentang tindakan selanjutnya yang akan mereka lakukan.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu, Barmawi berkata, dia telah menghubungi dua lelaki dalam video yang tular tersebut dan memberitahu mereka bahawa ia adalah sejenis paus yang dilindungi.

Katanya, berdasarkan pengakuan, mereka tidak tahu bahawa ikan itu dilindungi sehingga ia dibawa pulang dan dimakan. Tambahnya, dia juga memberitahu mereka bahawa tindakan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Barmawi juga menjelaskan kepada mereka bahawa semua jenis paus dan lumba-lumba adalah dilindungi oleh undang-undang. Jadi, mereka telah diminta agar tidak mengulangi lagi perbuatan itu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply