ARKIB

KATEGORI

Buletin

Aktiviti seludup Yamaha RX-Z guna sampan di Sungai Golok tumpas

Berita Tempatan

Views

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) Kelantan berjaya menumpaskan aktiviti membawa masuk motosikal jenis Yamaha RX-Z menggunakan sampan di Sungai Golok berhampiran pangkalan haram di Bukit Bunga, Jeli pada 24 September lalu.

Rampasan jam 1 petang itu, berdasarkan hasil maklumat awam dan risikan cawangan penguatkuasaan Kastam Bukit Bunga.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Pemangku Pengarah Kastam Kelantan, Koh Joo Kai berkata, hasil soal siasat membawa kepada penemuan sebuah bengkel penyimpanan motosikal terpakai dari negara jiran yang terletak di kampung berhampiran.

Bertindak atas maklumat dari hasil serbuan yang dilakukan pada 26 September pada jam 11 pagi, pasukannya berjaya merampas dan menyita 11 buah motosikal terpakai tiada nombor pendaftaran Malaysia yang disyaki diseludup melalui negara jiran.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Ia melibatkan tiga buah Yamaha RX-Z, RX (5), Cryptonx buatan Thailand (1), Honda LC135 (1) dan Wave (1). Menurut beliau, kesemua rampasan itu dianggarkan bernilai RM15,500 mengikut harga pasaran tempatan dan jumlah cukai yang terlibat ialah RM26,613.50.

Ujarnya, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik motosikal dan bengkel terbabit. Joo Kai memberitahu, permintaan tinggi terhadap jenis motosikal tersebut menyebabkan ia banyak diseludup masuk ke negara ini.

Pihaknya mendapati modus operandi yang digunakan ialah dengan membawa masuk motosikal itu menggunakan sampan ke pangkalan haram kemudian dibawa ke lokasi simpanan sebelum diedarkan kepada pengguna untuk pasaran tempatan. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply